Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Sunday, July 8, 2012

Aku ingin bahagia

Ya ALLAH, Maniskan hatiku dengan iman, Cukupkan aku dengan bekalan sabar, Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH, Bantuku atasi amarah ini, Dengan iman dan taqwa, Kerana kata Luqmanul Hakim, Taqwa adalah perahu yang utuh, Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH, Teguhkan hatiku, Untuk terus melangkah dalam hidup ini, Yang kurasakan saban hari memeritkan, Jadikan ia kembali salju, Kerana sabda Rasulullah s.a.w., Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH, Aku ingin bahagia seperti mereka, Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH, Maka layakkanlah aku, Dengan bekalan iman dan taqwa itu, Yang kuyakini hanya itu, Yang dapat menyelamatkan daku, Dari berputus asa dengan rahmatMU…

Aku ingin bahagia, Dalam dakapan kasih-MU ya ALLAH…Ya ALLAH, Maniskan hatiku dengan iman, Cukupkan aku dengan bekalan sabar, Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH, Bantuku atasi amarah ini, Dengan iman dan taqwa, Kerana kata Luqmanul Hakim, Taqwa adalah perahu yang utuh, Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH, Teguhkan hatiku, Untuk terus melangkah dalam hidup ini, Yang kurasakan saban hari memeritkan, Jadikan ia kembali salju, Kerana sabda Rasulullah s.a.w., Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH, Aku ingin bahagia seperti mereka, Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH, Maka layakkanlah aku, Dengan bekalan iman dan taqwa itu, Yang kuyakini hanya itu, Yang dapat menyelamatkan daku, Dari berputus asa dengan rahmat-MU..

Aku ingin bahagia, Dalam dakapan kasih-MU ya ALLAH..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Doa ku untuk orang yang aku amat sayang. Ummi wa abuya.

Selamat hari ulang-tahun perkahwinan ke-27 kepada ummi dan abuyaku. 
Hajjah Fatimah Binti Haji Omar dan Ustaz Abdul Aziz Bin Ismail. 
Semoga Allah merahmati jalinan kasih-sayang ini sehingga ke syurga. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan amanah kalian dengan sebaiknya.
Semoga ummi dan abuya termasuk dlm kalangan hamba-hambaNYa yg soleh/solehah.
Ameeeen Ya Rabb




Ya Allah , jadikanlah aku anak yang memandikan ibu bapa ku, mengafankan ibu bapaku, mengimamkan solat jenazah ibu bapaku, menguburkan ibu bapaku, Ya Allah , jadikanlah kubur ibu bapaku nanti seperti taman dari taman-taman syurga. Ya Allah , Ya Allah, Ya Allah, Amiin Ya Allah, Yang Maha Melihat , Maha mendengar, Ampunkanlah segala dosa ibu bapaku. Tenangkan hati mereka melihatku , jadikan aku anak yang menyenangkan ibu bapaku di waktu mereka masih hidup dan setelah mereka pergi sebelumku. Amin.


|Doa daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid|

aku mohon padaMu ya Allah, biarlah aku pergi dahulu sebelum mereka. Ameeen Ya Allah. 


:'( aku tak sanggup kehilangan mereka.


Biar aku pergi dahulu Ya Allah. . . Izinkan aku. 


Tiada apa yang aku harapkan di dunia ini, selain engkau Ya Allah. 


Aku ingin sekali syahid di jalan-MU, izinkan aku Ya Allah. matikanlah aku dalam keadaan husnul khotimah, matikanlah dalam keadaan Iman dan Islam.


Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah.


Engkaulah Tuhan yang maha pengampun lagi maha mendengar. 


MATI ITU PASTI
HIDUP ITU IN SYAA" ALLAH






Saturday, June 30, 2012

Permohonan Si Hamba

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat),



wahai Tuhan Sekalian Alam.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku.

Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku.

Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.



Ya Allah, ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan,

sebaik-baik doa,

sebaik-baik kejayaan,

sebaik-baik ilmu,

sebaik-baik amal,

sebaik-baik ganjaran,

sebaik-baik kehidupan,

sebaik-baik kematian.

Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku.

Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku.

Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu,

juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa,

keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, agar dengannya dapat menghalang kami dari melakukan maksiat,

kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu,

agar dengannya akan mendekatkan kami dengan syurga-Mu,

kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan, selama Engkau masih berikan kehidupan buat kami,

dan jadikanlah semua itu warisan kami,

balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami,

janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami,

janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami,

jangan pula Engkau menilai pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Jangan Engkau biarkan kami melakukan sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya,

jangan biarkan kami dalam kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya,

jangan biarkan kami mempunyai hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan jangan ada sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya,



wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.



Wahai Tuhan kami!

Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.



Selawat dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.



Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.




Friday, May 18, 2012

mencari sang suria





Tuhan

Terima kasih

Atas setiap nikmat Engkau beri padaku.

aku HambaMu yang lemah

Tanpa petunjuk dari-Mu

aku HambaMu yang buta

Tanpa bimbinganMu ya Rabb



aku HambaMu yang cacat


Tanpa hidayah dari-Mu

aku HambaMu yang hina

Tanpa RahmatMu yang mengunung tinggi

aku HambaMu yang penuh dengan dosa

Tanpa pengampunanMu yang maha luar biasa.



Terima kasih

Ya Allah



aku bersyukur atas kewujudanku di dunia yang fana ini.


harapanku untuk menjadi hambaMu sentiasa bersyukur, yang sebenar-benarnya syukur.


diberi kesempatan waktu dan detik


untuk aku sentiasa bertafakur atas setiap genap usia ku perhabiskan.


aku rasa sia-sia jika amalan aku yang sangat sedikit ini


tidak engkau terima.


Ya Allah. ampuni aku


terimalah ibadahku yang penuh cacat cela ini.


Jikalau engkau tidak menerimanya.


apa makna kehidupan ku ini.


Ya Rabb, ampuni aku.


Aku tidak bimbang sedikitnya amalanku,
tapi aku bimbang kalau yang sedikit ini pun tidak diterima olah Allah. 



Allahurabbi :'(




Doa dalam hening malam





Bismillah. 


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. 
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku. dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..

Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engakau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini. aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini. aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti mneghulu kasih pada yang sudi..

Ya Muhaimin.. pimpinlah tangan hambaMu ini.. pimpinlah hati hambaMu ini.. pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus.. sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku. bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya.. peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.. Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..


Amin Ya Rabbul 'Alamin..


Monday, May 7, 2012

Ciri-ciri LELAKI yang SOLEH





Ciri-Ciri Lelaki Soleh:

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang menjaga pandangan matanya agar tidak tergoda dgn nafsu,
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Yang mengimpikan Syurga dan ingin membawa kita bersamanya,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

“Jika datang (melamar anak gadismu) seorang lelaki yang engkau redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak gadismu itu). Jika tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah dan kerusakan di muka bumi.” (HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan lain-lain)



** dan saya rasa,  saya tak layak untuk memiliki lelaki soleh seperti kamu, sebab saya tahu yg diri saya ini tak solehah pung ** :') sbb bukan senang nk jadi solehahkan, tapi usaha kearah itu, In syaa' Allah. jia you!!

Tuesday, April 17, 2012

Ratib Al-Haddad, Mari Amalkan

Berdoalah dan titiplah hajatmu sekali, selepas membaca Ratib Al-Haddad selepas solat maghrib.



Jom istiqamah amalkannya. Ingatkan saya selalu Ya Allah


Bismillahirrahmanirrahim.



اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.




Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan, kami memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami, sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan, kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dari seluruh kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang  Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 


Amin Ya Rabbal Alamin.







Sunday, April 1, 2012

Taubat yg diterima


Wahai Anak Adam!
Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.
(Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih)

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ayat 53)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. (Ayat 54)
Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
(Ayat 55)



#setiap saat, setiap detik, kita kena bertaubat dan bertaubat, bertambah usia, bertambah jua dosa yg dilakukan. Fitrah manusia yg tidak sempurna.
#rendahkan hatimu, apa yg perlu dibanggakan dgn ilmu, harta dan nama, langsung tidak membezakan darjatmu sebagai seorang HAMBA. yg membezakan hanya iman dan taqwa seseorang itu. Rasalah diri hina, kerdil #tawadduk it's priority in life as a servant of Allah. 



Sunday, February 26, 2012

Perihal sakinah

Assalamu'alaikum


lama da tak membebel sensorang kat sini, salu bebel mengadap dinding, dinding mengadap sy, tu je la keje sy bila dah boring tahap gaban. memang x dapat nak nolong da. sape2 pun x dpt tlg, melainkn diri sndiri tlg diri sndirik. uhukhuk. 


Hidup sensorang, biasalah tuh, jadi x betul. Sape kata sy hidup sensorang. Allah tu kaan ada, dia sentiasa ada di sisi hamba-Nya. ye betul!. dalam hati kitew ni hanya ada Allah. Dia sahaja yg bertahta di dalam hati ini buat selama-lamanya. 


aku cinta Allah
aku rindu Allah
aku sayang Allah




taapi ini hari, terasa mahu bebel pasal diri sendiri kt cn., sangat2. tolg la iziinkan sy membebel ye. huhu. 


Berbalik kpd kesahh hidupku yg best hehe, best ke?


Skrg sy tgl di Kampung Tekek, Pulau Tioman bersama mak zah dan keluarganya.
mak zah ade 3 org cucu, dan sy layan cucu mak zah dgn baik, "YAYA dan ABANG". yaya umo 7 tahun, abg umo 9 tahun. dorg baik dg sy, sy pon baik dgn dorg laaah kaaan.
malam2, sy ajar dorg buat homework, maths and arab, lps maghrib sy ajar dorg mengaji Iqra', dan sy ajar dorg solat jugak. solat berjemaah, sy jdi imam, hehe. 


di hdpn Pusat Taman Laut Pulau Tioman


Abang kata: kakak, ari-ari nak solat dengan kakak boleh?


sy: la, kenapa tak solat dgn papa dan mama?


abg: papa x solat, mama kdg2 je, sbb mama sibuk.


sy: hurmmm, terdiam tak terkata. (semoga Allah buka pintu hati mereka utk solat)


Abang ni bagus, sebab banyak tanya saya pasal agama taw, byk bnde yg dia nk tahu. bagusla gini ek budak2 skrg. 


Abang tye sy: Kakak, kenapa kakak dalam rumah pakai tudung, mesti tak tanggal tudung. bukan ke kalau keluar rumah je perempuan kena pakai tudung, sebab nk tutup aurat kan, tp kenapa kakak dlm rumah pakai tudung jugak, buka la tudung kakak tu?


sy: eh eh budak ni, kakak suka pakai tudung la, kenapa tak boleh ke? (hehe, ini bkn jwpn nye). sbb dalam rumah ni, ada papa kamu, kakak depan papa kamu, kena pakai tudung. kakak kena jaga aurat kakak, seperti kakak berada di luar. cm tu. 


sy: Abang, abang tahu kan yg lelaki pun ada auranya jugak, bukan perempuan je taw.


abang: ye ke kak, ape aurat lelaki.


sy: lutut tu aurat taw, tarik skit seluar abg tu ke bawah, lepasi lutut tu, lain kali, pakai seluar panjang taw. sbb aurat lelaki dari pusat ke lutut. 


abang: baik kakak. hehe


sy: Yaya, cm mne ek, cara kita nk berterima kasih pada Allah?


yaya: entah, x tahu lah kak.


sy: cara kita nk berterimakasih ialah kita kenalah melakukan sgl apa yg di suruh oleh Allah, sbb kita ni hamba. apa yg ada pada kita di dunia ni, hy pinjaman semata-mata. caranya, kita kenalah solat, jgn tinggal solat. bljr mengaji. Yaya perempuan kan, yaya kena pakai tudung, tutup aurat. Taat kpd Allah dan jua kepada mama dan papa. Boleh tak?


yaya: boleh kak. In syaa' Allah



abang: kakak. arak tu haram ke?


sy: HARAM, spe minum, Allah laknat dia, Kamu nk masuk syurga ke neraka?, kalau  nk masuk syurga, jgn sentuh langsung walhal tin kosong ny. boleh?



* sbb masalah sosial di Tioman sggggt teruk, tin2 arak bersepah2, dan harganya murah. budak2 ramai yg da terjebak dgn arak. Ya Allah, tlg selamatkan anak2 Tioman. Kasihani mereka. Government. where is enforcement? hancur berkecaiii.


stop cte psl ini. x best. sbb undang2 dunia sibuk2 sangat, bila bab undang2 akhirat, Allah. ambil mudah je. itulah. dunia akhir zaman.


lain punyer kesah bila hujung2 minggu nehh,


bila hari weekend, ari ahad, yaya dan abang layan saya pulak, bwk sy jejalan keliling kmpung, bersiar2 di tepi pantai, amik gmbr non-stop. HAHA dan kita org pergi ari terjun, sejam lebih kot berjalan kaki, baru jumpe small waterfall kt hujung kampung ayer batang. hehe. tp best, ttbe sy jd mcm budak2 pulaksss. dorg kata nk pergi lg nti, bermandi manda dan berenang. dorg nk ajar sy berenang la. malu lah kitew x pndai berenang. huhu




hehe. sy seronok berada di Tioman. Allah makbulkan impian sy. I wish to live in the house by the sea side one day, and live in beautiful island, and now, it's become reality, thanks Allah.


Tioman is top 10 beautiful island in the world. 
Rumah makzah betul2 depan pantai. heeee


ok tu je, nak pergi duty post kat airport-berjaya air. huhu. sy x suka pergi tmpt tu, tp terpaksa. uhuhu


#coretan yg TAK matang dari SAKINAH AZIZ.

#think positive, and never stop praying so that your destiny will be so beautiful. yeke? yes!


keep praying + patient + improve everything + All is for the sake of Allah


:)







Friday, February 17, 2012

LA TAHZAN Kerana JODOH


Cinta adalah kekuatan,


Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,

Mengubah sedih jadi riang,


Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..

Namun,


Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,


Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,


Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,

Yakinlah,


Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata.

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" quoted 

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik" Yakinlah


' aku rindu . aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua . ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagia ku . samar-samar wajah mu , akan ku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua , agar wajahmu lebih jelas di potret hati ku . biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang . pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rindu ku . yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tangan ku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '


mencari sinar bahagia di Pulau Tinggi, Johor di dalam kekalutan kehidupan,
 hadirlah ketenangan yang hakiki. |sakinah aziz|




|menjadi kenangan terpateri antara cinta aku dengan kau, wahai pantai indah|-14 februari 2012