Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..
Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,
Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,
Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata.
"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" quoted
"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik" Yakinlah
' aku rindu . aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua . ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagia ku . samar-samar wajah mu , akan ku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua , agar wajahmu lebih jelas di potret hati ku . biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang . pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rindu ku . yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tangan ku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '
mencari sinar bahagia di Pulau Tinggi, Johor di dalam kekalutan kehidupan,
hadirlah ketenangan yang hakiki. |sakinah aziz|
|menjadi kenangan terpateri antara cinta aku dengan kau, wahai pantai indah|-14 februari 2012