Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Monday, February 14, 2011

Rindu Muhammadku

Dia mencintai kita sebelum wujudnya kita di muka bumi, adakah kita sudah membalasnya, jika sudah adakah kita mencintainya tanpa musim (setiap masa)?...Sungguh indah dan tinggi cintanya, mencintai dengan tidak melihat, mencintai dengan tidak mengenali, mencintai sehingga mati..ingatan yang tak pernah luntur~ salam Maulidur rasul~1432h



Dia Kekasih Allah
Dia Pesuruh Allah
Dia Pakai Serban dan Jubah
Dia Dilahirkan Di kota Mekah

Siapa Dia?

Mim... haaa... mim.... dal....
Muhammad SAW...

Jom kita nasyid lagi,
just being kanak-kanak sat,

anak-anak nabi ada 7 orang,
3 laki-laki, 4 perempuan,
pertama Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Rokayah, Fatimah, Umi Kalsom,
Ibunya bernama, Siti Aminah, bapanya pula, Abdullah..
bapa saudaranya Abu Thalib, datuknya bernama Abdul Mutalib~~~



jom, seterusnya..
kita berqasidah plk 

in bm yeee..

lebih memahami makna dan maksudnya..



Wahai nabi! salam sejahtera ke atasmu wahai rasul! salam sejahtera ke atasmu,
wahai kekasih! salam sejahtera ke atasmu, salawat Allah ke atasmu..

terang-benderanglah alam semesta kerana gembira dengan kelahiran Nabi pilihan, Ahmad ( nabi Muhammad Saw)

penghuni alam berasa senang dan gembira yang baru menjelang..

bergembiralah wahai kaum muslimin! dan burung bertuah turut berkicau..

bersuluhlah kamu dengan cahaya kecantikan yang mengatasi segala kecantikan..

kita mendapat berita gembira dengan kebahagiaan yang berterusan tiada kesudahan..

kerana kita telah dianugerahkan dengan suatu anugerah, yang merangkumi semua kemuliaan yang berkekalan..

bagi tuhanku segala pujian..Yang agung tidak terkira banyaknya..

kerana Dia telah mengurniakan kepada kita dengan kelahiran nabi pilihan, pembawa petunjuk Muhammad saw..


Ya ALLAH, limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad SAW dan keluarganya....

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

Wednesday, February 9, 2011

Syukur Sang Musafir di Bumi Thailand

Ya ALLAH,
dengan kerendahan hati
jiwa ini menghadap diri-Mu
tak terluah rasa rinduku
pada tempat bergantung nyawaku
pada tuhan yang maha pemurah
lagi maha mengasihani

sujudnya wajah ini
hanya untuk menghambakan diri
agar hati ini bisa mensyukuri
semua yang telah dikurniai
oleh diri-Mu, YA RABBI

Biar jauh aku mengembara
biar berkali aku menghitung nikmat-MU
ia tetap melingkari tangkai naluri
ternyata aku tidak akan mampu

Asma-Mu tersu membasahi hati
wahai Dzat yang terus memberi
tanpa pernah meminta diberi
maka, nikmat Tuhan-Mu yang manakah kau dustai?


  Hingga telah takjub Rasul-Mu
pada insan-insan yang beriman
kenikmatan dibalas kesyukuran
kesulitan dibalas kesabaran

Iman dan Islam bersemi di qalbi
menyelusuri perjalanan panjang ini
sebagai tanda syukurku pada ilahi
kerana telah menyuburi cinta-Nya 
dalam diri ini

Peliharalah hati ini 
agar sentiasa berterima kasih pada-Mu
kerana,
daripada-mu aku hadir
dan kepada-mu aku kembali
maka, segala kepujian
kebaikan dan keindahan
aku pulangkan 
Hanya pada-Mu
...........YA ALLAH.......


pengembaraan selama ku berada di Thailand, mengajar banyak erti syukur, dan syukur..
Indahnya islam di mata mereka..

aku belajar sesuatu..


berpurdah. berniqab..

Abuyaku wajibkan keatas kami 4 beradik..
memakai niqab semasa pengembaraan ini..

kami ikuti dengan hati terbuka..
kerana ku tahu itu yang terbaik..
buat kami..


first experience, I felt so strange, hottt and uncomfortable, 
but we never give up,
Allah always by side..
try and just try.
u will feel normal..
Allah will show u..
believe..

yup, Alhamdulillah, i can deserve it well..

my desire and dream,
i want to wear it 
now the time is not suitable.
i will wearing it again..
1 day..
InsyaALLAh..
if Allah will give the way.
pray and pray.
the strong is inside me..


the beach..


macam nak g berperang kan..



kami 3 beradik yang degil


betapa kuatnya sang angin
macam ape je rasa.. huuu
hodosh,,


......the moment.....

 
khaulah Al-Azwar,

perasan, teramat jauh nak menjadi sepertinya..
melainkan,,,

saya nak jadi seperti ini:


Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

Sembahyang lima waktu
Puasa di bulan Ramadhan
Mentaati suami
                                                           Menjaga kehormatannya

    Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

untungnya jadi wanita.. bersyukurlah..



Alhamdulillah, 
full sponsored our journey of course by my abuya and also my ummi too...
Praise to ALLAH
i got 1 jubah,
2 hand socks
2 leg socks (mcm pelik je kan sebut dia, stokin sudah !)
and 1 sarung tangan, fullit. 

kami membelinya di Markas Tabligh, Pattani,,.
Berhadapan dengan Pondok Tahfiz.
suasana Islam yg harmonis.
Tetapi sekatan jalan raya setiap 1 Km, i thought.
itu yang tak amannya.
Askar is everywhere, sakit mata *-*

Apepun, semuanya ada hikmah, 
Islam di negara mereka tidak aman,
tetapi di Malaysia..
InsyaAllah.
aman dan tenteram..
cuma pembudayaan cara Islam itu tak ada..
budaya Al-quran, budaya menutup aurat, solat berjemaah..
susahnya...
nak lihat..

adat yang diutamakan, syariat diperlekehkan, dunia Akhir zaman..


alhamdulillah..
sekiranya..
Baitul Muslim,
impian setiap muslim wa muslimah.
dapat dirasai...




Jadilah dan sedarlah
Umat islam..
bangkit ! bangkitlah generasi Rabbani..







. . . Cermin lah diri ini. . . .

Hadapkanlah tubuh ini ke cermin seraya bertanya,
Apakah wajah ini akan bercahaya di akhirat nanti?
Atau justeru sebaliknya?
wajah ini akan hangus terbakar nyala api jahanam?

Tataplah hitamnya mata kita,
apakah mata ini,
mata yang layak menatap ALLAH,
menatap RASULULLAH,
menatap para kekasih Allah di syurga kelak?
Atau malah akan terburai
kerana maksiat yang pernah dilakukannya.

Bibir kita,
apakah ia akan mampu tersenyum gembira di syurga sana?
sehingga layak berdampingan dengan pemilik tubuh mulia,
Rasululllah?
Atau tubuh ini malah akan membara, menjadi bahan bakar
bersama hangusnya batu-batu dalam kerak jahanam?
Bersihnya kulit kita,
renungkalah!
Apakah kita akan menjadi indah bercahaya?
ataukah akan hitam legam kerana hangus dijilat lidah api jahanam.

Mudah-mudahan dengan cermin sambil mentafakkuri diri,
kita akan lebih mempunyai kekuatan untuk menjaga diri.
Jangan pula meremehkan makhluk ciptaan Allah,
sebab tidaklah Allah menciptakan makhluk-Nya dgn sia-sia
semua yang bergerak, yang terlihat, yang terdengar,
dan apa sahaja kurniaan Allah Azza Wa Jalla
adalah sarana kalau hati kita ini mampu merabanya
dengan penuh kasih sayang.