ni pic yang agak latest, arituh g masjid negara, ade karnival inovasi Islam, kami dihadapan Bangunan TV Al-hijrah.
yang ni pulak kami kat KLIA, antar mak arah nk pi UK. rajin bebenor kita orang datang, hikhik
pagi raya aidilfitri di rumah Ustaz Ali, 2 years ago.
raya haji yg lalu di rumah maklong, kat cheras je pun.
raya last year, pagi raya di Tanah Perkuburan Sg kalong getah, BP, johore~

Ini kami di Masjid SSAAS, setahun yang lalu, mungkin.
ini pulak di jalanan. taun lepas kot, kita orang g PAS-Plaza Alam Sentral, shah alam. g wat gapo ehh? shopping le utk syidahhh.
ni gambar lamaaaa dulu2 kalaaa. kat rawang je punnn
kat Al-jenderami, ziarah atok (mak umi) dan join majlis Habib (rindunya,hmpir 2 mggu x g)
bersama keluarga adalah saat yg paling manis, ye dak?
Teringat satu hadis ini;
Daripada Abu Darda RA: "Aku berkata: Ya Rasulullah SAW, tunjukkanlah aku akan sua-sua amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga Allah", Maka Rasulullah SAW menjawab: "Jangan marah, maka syurga bagimu."
Abdullah B Umar RA penah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apa yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah?", Rasulullah SAW menjawab: " Jangan marah."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
- Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
P/s buat diri: Sesungguhnya sifat marah itu, cermin jiwa tak tenteram dan tak tenang. Wallahua'lam.
Kin lepas ni ko jgn nk marah je taw!, berubahlah...berubah kpd kebaikan.
Perbanyakkanlah beristighfar, itulah senjata orang2 mukmin.
terima kasih! sudi baca:)







