Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

Sunday, April 1, 2012

Taubat yg diterima


Wahai Anak Adam!
Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.
(Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih)

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ayat 53)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. (Ayat 54)
Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
(Ayat 55)



#setiap saat, setiap detik, kita kena bertaubat dan bertaubat, bertambah usia, bertambah jua dosa yg dilakukan. Fitrah manusia yg tidak sempurna.
#rendahkan hatimu, apa yg perlu dibanggakan dgn ilmu, harta dan nama, langsung tidak membezakan darjatmu sebagai seorang HAMBA. yg membezakan hanya iman dan taqwa seseorang itu. Rasalah diri hina, kerdil #tawadduk it's priority in life as a servant of Allah.