Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Friday, August 26, 2011

Renungan bersama-akhir Ramadhan


Ramadhan Al-Mubarak sudah hampir kepenghujungnya. Alangkah beruntungnya insan-insan yg mengisi malam2 terakhir dgn beribadah kpd-Nya.
Tanda kasih Allah kpd hamba2nya terserlah sehingga menjanjikan pahala 1000 bulan bagi mereka yg beribadah pd satu daripada 10 malam terakhirnya.
Malah turut diampunkan segala dosa yg lalu. Malangnya, tidak ramai yg sanggup merebut tawaran Allah pada malam yg penuh keberkatan ini dgn mghidupkan malamnya.
Sebaliknya kita lebih rela menghabiskan waktu membeli-belah, mbuat persiapan raya dan menonton tv.


Mengapa kita biarkan kehadiran Lailatul Qadar berlalu begitu shj? Adakah kita begitu yakin bhw kita akan bertemu lg pada Ramadhan yg akan datang?


aku menasihati diriku yg adakalanya sentiasa lalai dan leka. Ya Allah, aku tak mahu ramadhan ku kali ini disia2kan begitu shj. pimpin daku. tunjukki daku jln-Mu.
amin Ya Allah.

Ramadhan akan melabuhkan tirainya dlm beberapa hari shj lagi. 
YA Allah
Tempoh yg singkat ini jgn sesekali ku persiakan.
rebut dan rebut tawaran BONUS yg Allah anugerahkan kpd kita semua.
Masa-masa beginilah kita muhasabah diri kita kembali.
adakah ibadah kita spnjg Ramadhan tlh mencapai standard yg sepatutnya?
Kita melihat dlm diri kita ibadah puasa kita di tingkat mana, sama ada masih di tahap sekadar lapar dan dahaga [seperti puasa org awam] atau puasa kita mencapai puasa orang Soleh. Masya Allah


Iktikaf di masjid [sekiranya ssorg itu masuk ke msjd tnpa berniat mndiami di dlmnya utk mlakukan ibadat, maka ia tdk dikira sbgi beriktikaf], qiyamulail [bukn hy mlakukan solat sunat, berzikir, mbc Al-Quran, malah menziarahi kubur di waktu malam juga digalakkan sbgai muhasabah diri- kerana ia merupakan muhasabah yg terbaik utk kita mengingati akan kekuasaan Allah yg maha maha berkuasa menghidupkan dan mematikan manusia], dan bykkn berdoa memohon keampunan dari Allah perlu dilakukan pd malam2 terakhir Ramadhan.

Iktikaf pd 10 terakhir Ramadhan adalah sunnah yg tdk pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. [Walaupun Baginda adalah hamba Allah yg tidak berdosa, namun Baginda tdk pernah lupa akan ganjaran yg diperoleh pada 10 terakhir Ramadhan]
ttp kita, hamba yg biasa2 je ni, bagaimna? Allahu Akhbar.


Jika kita berjaya mlaksanakannya, bererti kita berjaya melalui madrasah Ramadhan dgn jayanya dan keluar sbgai insan yg bersih zahir dan batin.

Ramadhan yg dilalui dgn daya ihsan yg tinggi [jiwa muttaqin] bakal mbimbing manusia berwatak soleh dlm hidupnya. Subhanallah jikalau begitu.



Wallahua'lam
p/s:
sedih menyelimuti diri, mahu ramadhan every month and every day. sobss [ kita boleh anggapkan (my thought) cuma sbagai ketekunan kita dan istiqamahnya kita dlm beribadah]
huhu. ciputnya ibadahku. Allah Allah. jelesnya pada kalian. KAUM ADAM.


Di dunia ini tiada hari raya.

Friday, August 19, 2011

Kenapa Ramadhan Berlaku Tanpa Meninggalkan Kesan ke Atas diri kita?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabaraktuh..

19 Ramadhan 1432H
selamat beristiqamah beribadah kepada Tuhan sekalian Alam di bulan penuh dengan kenikmatan, keampunan, keberkatan dan rahmah yg mengunung buat diri kita semua.

pejam celik, pejam celik
10 malam yg terakhir akan menyingah kalbu dalam beberapa detik je lagi,
adakah Ramadhan ini adalah yg terbaik buat kita sebelum ini.
sama-samalah kita bermuhasabah dan renungi demi kebaikan buat diri sendiri.

Mari kita renung-renungkan;

1.       Ramadhan sepatutnya disambut oleh umat Islam dgn perasaan gembira kerana ia membawa 1001 keberkatan dan fadhilat yg tidak trdpt pada bulan lain, tetapi kamu menerima kedatangannya seperti menerima kehadiran tamu yang tidak diundang kerana terbayang berbagai kesukaran yg bakal kamu tempuhi untuk memenuhi nafsu kamu.

2.      Kamu menyambut Ramadhan kononnya, tapi focus utama kamu adalah hari raya.

3.      Umat Islam tahu Ramadhan bulan penuh keberkatan, tapi jarang yg sudi merebutnya kerana tidak terasa terpanggil utk mdptkannya.

4.      Ramadhan mendidik seseorang supaya bersimpati terhadap golongan miskin, tapi kamu langsung tidak mempedulikan kesusahan mereka. Malah kamu melihat mereka seperti SAMPAH di tepi jalan.

5.      Kamu berpuasa sehari suntuk tanpa menyentuh makanan, tp semasa berbuka kamu menyendatkan perut kamu yg kosong itu dgn aneka jenis makanan dan minuman yg jarang kamu hidangkan pada bulan-bulan lain. Ibadat puasa bertukar mjadi pesta mengisi perut utk memenuhi nafsu makan kamu yg HALOBA.

6.      Mengimarahkan masjid dgn pengisian solat terawih dan lain-lain ibadat sunat adalah besar fadhilatnya, tapi kamu menghabiskan waktu di Bazaar Ramadhan dan gedung membeli-belah sehingga larut malam.

7.      Sejak awal pagi kamu sibuk dgn aktiviti perniagaan dan ianya berterusan hingga ke malam tanpa sempat mengisi dg aktiviti ibadat. Akhirnya tanpa disedari, Ramadhan sampai di penghujung sdgkan kamu masih tamak mengejar keuntunganperniagaan yg hy diraih dalam bulan Ramadhan sahaja.

8.      Ramadhan mendidik jiwa supaya tidak boros dan membazir, ttp kamu berbelanja berlipat kali ganda berbanding dgn bulan-bulan lain, bermula dari perbelanjaan utk menyedia makanan yg lazat sewaktu berbuka dan bersahur hinggalah kpd persiapan utk myambut hari raya.

9.      Kamu mengunjungi masjid utk menunaikan solat terawih berjemaah sbagai menunaikan kegiatan qiyamulail di bulan Ramadhan, namun dlm hati sering merungut bacaan imam y panjang kerana tdk mahu mghabiskan masa yg panjang di masjid rumah Allah.

10.  Ramadhan melatih kamu sifat sabar, ttp semasa memandu, tindak tanduk kamu ternyata hilang sabar, Tgn kamu menekan hooooornnnnn memanjang tanda marah apabila kenderaan lain menganggu kelancaran kenderaan kamu sambil mulut menyumpah-nyumpah. Astaghfirullahalazzimmm.

    (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman)

salam bermujahadah dan beristiqomahhh...
grab offer yg ALLAH kurniaakan di bulan yg mulia ini.
mengharap utk bertemu -mu LAILATUL QADAR


Friday, August 12, 2011

cinta itu apa?

Assalamu'alaikum everyone!
salam ramadhan ke-13 for today.
today is free day for me, yepiiii. then i kodek2 fb, i got this from there,
let's read it properly and try to understand what actually he/she want to tell us..
spread the love..


“Cinta, kasih sayang itu semua hak Allah.
Kalau dalam hati ini dah ada rasa cinta, Makna kata, Allah dah ada dalam hati kita.”
Rasa terpanggil untuk mengulas sesuatu.
Cinta ada dua jenis. Ya, satu memang datangnya dari Allah. 100 dari bilangan rahmat Allah, satu di bumi. Dan, 99 lagi ada padaNya.

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata; maksudnya :
"Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat; satu di antaranya Allah telah turunkan dan dibahagi-bahagikanNya kepada jin, manusia, binatang, dan serangga. Dengan rahmatnya yang satu itu juga para makhluknya saling mencintai dan menyayangi, dan dengan rahmatnya yang satu itu juga haiwan liar mahu menyayangi anaknya. Adapun 99 rahmat lagi, Allah akan berikan pada hari kiamat nanti kepada hamba (pilihan)-Nya."
[HR. Bukhari dan Muslim]

Kalau jalannya, caranya, pada apa kita cinta, dan segala yang terkait dengan cinta kita, membawa kermukaan Allah, jauh dari syariat Allah, lebih terdahulu dari cinta Allah, itu sesungguhnya bukan dari Allah.

Tapi, dari hawa nafsu semata-mata. Boleh jadi dari syaitan yang "menghias" cinta kita!

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintaiNya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah."
[Al-Baqarah: 265]

"Katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu, kelaurga-keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya, dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya."

[At-Taubah: 24]


Berhati-hatilah sebelum jatuh cinta. 
Kenalilah cintamu, sebelum jauh mencintai. 
Telusurilah cintamu, agar tak tersalah mencintai.





Wallahua'alam.
Semoga kita bertemu cinta yg sejati di Ramadhan yg mubarak ini..
Medan menuju akhirat-Nya.. Jom rebut...