Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Sunday, February 26, 2012

Perihal sakinah

Assalamu'alaikum


lama da tak membebel sensorang kat sini, salu bebel mengadap dinding, dinding mengadap sy, tu je la keje sy bila dah boring tahap gaban. memang x dapat nak nolong da. sape2 pun x dpt tlg, melainkn diri sndiri tlg diri sndirik. uhukhuk. 


Hidup sensorang, biasalah tuh, jadi x betul. Sape kata sy hidup sensorang. Allah tu kaan ada, dia sentiasa ada di sisi hamba-Nya. ye betul!. dalam hati kitew ni hanya ada Allah. Dia sahaja yg bertahta di dalam hati ini buat selama-lamanya. 


aku cinta Allah
aku rindu Allah
aku sayang Allah




taapi ini hari, terasa mahu bebel pasal diri sendiri kt cn., sangat2. tolg la iziinkan sy membebel ye. huhu. 


Berbalik kpd kesahh hidupku yg best hehe, best ke?


Skrg sy tgl di Kampung Tekek, Pulau Tioman bersama mak zah dan keluarganya.
mak zah ade 3 org cucu, dan sy layan cucu mak zah dgn baik, "YAYA dan ABANG". yaya umo 7 tahun, abg umo 9 tahun. dorg baik dg sy, sy pon baik dgn dorg laaah kaaan.
malam2, sy ajar dorg buat homework, maths and arab, lps maghrib sy ajar dorg mengaji Iqra', dan sy ajar dorg solat jugak. solat berjemaah, sy jdi imam, hehe. 


di hdpn Pusat Taman Laut Pulau Tioman


Abang kata: kakak, ari-ari nak solat dengan kakak boleh?


sy: la, kenapa tak solat dgn papa dan mama?


abg: papa x solat, mama kdg2 je, sbb mama sibuk.


sy: hurmmm, terdiam tak terkata. (semoga Allah buka pintu hati mereka utk solat)


Abang ni bagus, sebab banyak tanya saya pasal agama taw, byk bnde yg dia nk tahu. bagusla gini ek budak2 skrg. 


Abang tye sy: Kakak, kenapa kakak dalam rumah pakai tudung, mesti tak tanggal tudung. bukan ke kalau keluar rumah je perempuan kena pakai tudung, sebab nk tutup aurat kan, tp kenapa kakak dlm rumah pakai tudung jugak, buka la tudung kakak tu?


sy: eh eh budak ni, kakak suka pakai tudung la, kenapa tak boleh ke? (hehe, ini bkn jwpn nye). sbb dalam rumah ni, ada papa kamu, kakak depan papa kamu, kena pakai tudung. kakak kena jaga aurat kakak, seperti kakak berada di luar. cm tu. 


sy: Abang, abang tahu kan yg lelaki pun ada auranya jugak, bukan perempuan je taw.


abang: ye ke kak, ape aurat lelaki.


sy: lutut tu aurat taw, tarik skit seluar abg tu ke bawah, lepasi lutut tu, lain kali, pakai seluar panjang taw. sbb aurat lelaki dari pusat ke lutut. 


abang: baik kakak. hehe


sy: Yaya, cm mne ek, cara kita nk berterima kasih pada Allah?


yaya: entah, x tahu lah kak.


sy: cara kita nk berterimakasih ialah kita kenalah melakukan sgl apa yg di suruh oleh Allah, sbb kita ni hamba. apa yg ada pada kita di dunia ni, hy pinjaman semata-mata. caranya, kita kenalah solat, jgn tinggal solat. bljr mengaji. Yaya perempuan kan, yaya kena pakai tudung, tutup aurat. Taat kpd Allah dan jua kepada mama dan papa. Boleh tak?


yaya: boleh kak. In syaa' Allah



abang: kakak. arak tu haram ke?


sy: HARAM, spe minum, Allah laknat dia, Kamu nk masuk syurga ke neraka?, kalau  nk masuk syurga, jgn sentuh langsung walhal tin kosong ny. boleh?



* sbb masalah sosial di Tioman sggggt teruk, tin2 arak bersepah2, dan harganya murah. budak2 ramai yg da terjebak dgn arak. Ya Allah, tlg selamatkan anak2 Tioman. Kasihani mereka. Government. where is enforcement? hancur berkecaiii.


stop cte psl ini. x best. sbb undang2 dunia sibuk2 sangat, bila bab undang2 akhirat, Allah. ambil mudah je. itulah. dunia akhir zaman.


lain punyer kesah bila hujung2 minggu nehh,


bila hari weekend, ari ahad, yaya dan abang layan saya pulak, bwk sy jejalan keliling kmpung, bersiar2 di tepi pantai, amik gmbr non-stop. HAHA dan kita org pergi ari terjun, sejam lebih kot berjalan kaki, baru jumpe small waterfall kt hujung kampung ayer batang. hehe. tp best, ttbe sy jd mcm budak2 pulaksss. dorg kata nk pergi lg nti, bermandi manda dan berenang. dorg nk ajar sy berenang la. malu lah kitew x pndai berenang. huhu




hehe. sy seronok berada di Tioman. Allah makbulkan impian sy. I wish to live in the house by the sea side one day, and live in beautiful island, and now, it's become reality, thanks Allah.


Tioman is top 10 beautiful island in the world. 
Rumah makzah betul2 depan pantai. heeee


ok tu je, nak pergi duty post kat airport-berjaya air. huhu. sy x suka pergi tmpt tu, tp terpaksa. uhuhu


#coretan yg TAK matang dari SAKINAH AZIZ.

#think positive, and never stop praying so that your destiny will be so beautiful. yeke? yes!


keep praying + patient + improve everything + All is for the sake of Allah


:)







Friday, February 17, 2012

LA TAHZAN Kerana JODOH


Cinta adalah kekuatan,


Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,

Mengubah sedih jadi riang,


Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..

Namun,


Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,


Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,


Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,

Yakinlah,


Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata.

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" quoted 

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik" Yakinlah


' aku rindu . aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua . ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagia ku . samar-samar wajah mu , akan ku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua , agar wajahmu lebih jelas di potret hati ku . biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang . pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rindu ku . yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tangan ku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '


mencari sinar bahagia di Pulau Tinggi, Johor di dalam kekalutan kehidupan,
 hadirlah ketenangan yang hakiki. |sakinah aziz|




|menjadi kenangan terpateri antara cinta aku dengan kau, wahai pantai indah|-14 februari 2012