Bangun subuh, BANGUN!
1 Perkara sahaja yg menyebabkan aku totally respect terhadap seseorang insan itu adalah apabila dia beristiqamah solat SUBUH BERJEMAAH di Masjid atau Surau.
Tapi sayang, aku tak pernah lagi jumpa orang yang sedemikian.
Kerana apa ? Sebab solat subuh secara berjemaah atau tepat pada waktunya adaalah ujian yg paling TERBERAT bagi setiap insan. Betul tak? termasuklah aku yg hina lg imperfection ini.
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yg telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW secara khusus berdo’a.
“Ya Allah berkahilah umatku selama mereka senang bangun subuh,”
(HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
Begitulah betapa tinggi nilainya Subuh itu. Kelebihannya sangatlah terlampau banyak. Manfaatnya buat kita semua.
Antara kelebihannya:
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solah Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solah Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.
Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solah Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah).
Dalam hadith yang lain disebut “Jangan tinggalkan solah Subuh, jika hendak melihat Allah s.w.t. dalam Syurga nanti”
“Kamu akan melihat Tuhan kamu secara terang, jika kamu terdaya tidak terlepas sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari, maka hendaklah kamu lakukannya (sehingga ke akhirnya)”
Maka berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh aku dan korang semua bagi mengatasi masalah ini:
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.
Sekiranya tips sebegini masih tak berjaya, guna cara yg creative yg sebegini. Ini tahap da daruratlahhh.
1. Banyakkan jam loceng.
2. Tidur tanpa selimut dan bantal.
3. Tidur atas lantai.
4. Tidur awal, lepas isya'. sila tumbangkan diri anda. ecehh. Benda yg aku salu wat, bukan time darurat je, tiap2 hari, kkdg, lepas mahgrib da kebaboooommm.
Oleh itu, bagi mereka yg masih diulit mimpi sehingga ke waktu fajar, silalah renungi diri anda. Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.
Sekian. Mari tingkatkan prestasi diri kita! Mencapai matlamat utk beroleh REDHA ALLAH.
lagi SMART pic ni, klo Imam tu pakai Kopiah dan serban. twiktwik :D
:D
Aku post pasal bangun pagi bukan nk menunjukkan yg aku susah bangun cuma aku nak cakap yg aku benci tgok orang yg liat gila babeng nk bangun subuh, serupa mcm nk bagi menyepak ala-ala cerita dalam SECRET GARDEN- stuntwomen. wohaaa.
dan 1 pesanan drpd org yg tak bertauliah mcm aku ni la kannn, Please lahhh, Don't sleep after SUBUH. Please and please. And I begging to u. Klo nak tidur pun, tdo la after 9 or 10 ke, ? yeeeeeeeeeeee. :D Jgn tolak rezeki TUHAN. Rugi serugi-ruginya wahai insan.
Nasihat sorg kakak yg tak mcm kakak pun, kepada adik2nya;
leyha;
nailah;
mamat;
aizat;
adekkkk!
aku post bnda ni sbb nk bagi realize kt depa sume, liat benor nk bgun subuH!
sabar jela! ;( sedeyhhh.






