Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Sunday, November 27, 2011

Bangun Subuh, Ujian Terberat

Bermujahadahlah kalian,
Bangun subuh, BANGUN!


1 Perkara sahaja yg menyebabkan aku totally respect terhadap seseorang insan itu adalah apabila dia beristiqamah solat SUBUH BERJEMAAH di Masjid atau Surau.

Tapi sayang, aku tak pernah lagi jumpa orang yang sedemikian.

Kerana apa ? Sebab solat subuh secara berjemaah atau tepat pada waktunya adaalah ujian yg paling TERBERAT bagi setiap insan. Betul tak? termasuklah aku yg hina lg imperfection ini.


Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yg telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim). 

Rahsia Subuh. Diantara waktu-waktu istimewa yang diciptakan Allah SWT untuk muslim adalah saat subuh. Di dalamnya terkandung banyak keberkahan. 


Rasulullah SAW secara khusus berdo’a.


 “Ya Allah berkahilah umatku selama mereka senang bangun subuh,” 
(HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Begitulah betapa tinggi nilainya Subuh itu. Kelebihannya sangatlah terlampau banyak. Manfaatnya buat kita semua.

Antara kelebihannya:

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solah Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya. 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solah Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. 
Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solah Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah).
Dalam hadith yang lain disebut “Jangan tinggalkan solah Subuh, jika hendak melihat Allah s.w.t. dalam Syurga nanti”
“Kamu akan melihat Tuhan kamu secara terang, jika kamu terdaya tidak terlepas sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari, maka hendaklah kamu lakukannya (sehingga ke akhirnya)”


Maka berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh aku dan korang semua bagi mengatasi masalah ini:

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.
Sekiranya tips sebegini masih tak berjaya, guna cara yg creative yg sebegini. Ini tahap da daruratlahhh.
1. Banyakkan jam loceng.
2. Tidur tanpa selimut dan bantal.
3. Tidur atas lantai.
4. Tidur awal, lepas isya'. sila tumbangkan diri anda. ecehh. Benda yg aku salu wat, bukan time darurat je, tiap2 hari, kkdg, lepas mahgrib da kebaboooommm.
Oleh itu, bagi mereka yg masih diulit mimpi sehingga ke waktu fajar, silalah renungi diri anda. Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.


Sekian. Mari tingkatkan prestasi diri kita! Mencapai matlamat utk beroleh REDHA ALLAH.


lagi SMART pic ni, klo Imam tu pakai Kopiah dan serban. twiktwik :D


     :D

Aku post pasal bangun pagi bukan nk menunjukkan yg aku susah bangun cuma aku nak cakap yg aku benci tgok orang yg liat gila babeng nk bangun subuh, serupa mcm nk bagi menyepak ala-ala cerita dalam SECRET GARDEN- stuntwomen. wohaaa.


dan 1 pesanan drpd org yg tak bertauliah mcm aku ni la kannn, Please lahhh, Don't sleep after SUBUH. Please and please. And I begging to u. Klo nak tidur pun, tdo la after 9 or 10 ke, ? yeeeeeeeeeeee. :D Jgn tolak rezeki TUHAN. Rugi serugi-ruginya wahai insan.

Nasihat sorg kakak yg tak mcm kakak pun, kepada adik2nya;
leyha;
nailah;
mamat;
aizat;
adekkkk!


aku post bnda ni sbb nk bagi realize kt depa sume, liat benor nk bgun subuH!
sabar jela! ;( sedeyhhh.




Friday, November 25, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433



Bismillah
Assalamu'alaikum,

Hari ini kita sudah sampai ke penghujung tahun Hijrah. Maka kita digalakkan memulakan dan mengakhirkannya dengan Doa supaya keberkatan memenuhi hidupmu dan jua hidupku. In Syaa' Allah. Jom penuhi rumah2 Allah dan taman2 syurga. Salam Ma'al Hijrah.

1) Membaca doa akhir tahun hijrah 1432.

* Waktunya: Petang Sabtu (26/11/2011) selepas Asar. Sebanyak 3 Kali.




Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

2) Membaca doa awal tahun hijrah 1433.

* Waktunya: Sabtu malam Ahad (26/11/2011) selepas Maghrib. Sebanyak 3 kali.




Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka
* kalau kita tak ke masjid atau surau, kita kumpulkan keluarga kita doa bersama-sama…Inya Allah.
Amalan yang disyorkan pada bulan Muharram;


☑ 1hb - 9hb ---> sunat puasa.


☑ 10hb ---> sunat puasa A'syura'.

☑ Menyapu kepala anak yatim.

☑ Bercelak mata pada waktu malam.

☑ Menambah perbelanjaan keluarga.

☑ Memperbanyakkan zikir ini sekurang²nya 70 kali.




حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ الْنَّصِيْرُ



* Cukuplah Allah bagi kami. Dan DIA sebaik² tempat untuk kami berserah diri, DIA sebaik² Penjaga & sebaik² Penolong.


Sumber: Kitab Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.

Other Sources: Facebook Ustazah Fatimah dan http://www.anakulucheka.com/





insan yg hina
sakinahazizimperfection

Thursday, November 3, 2011

Tragedy


Bismillah. Allah hukum ku atas dosaku.

Tragedy is an event causing great suffering, destruction, and distress, such as a serious accident. That serious accident happen on me. I'm lost control everything, I became loser and loser. It was my fault. Ini bukan takdir Allah, tetapi takdir inilah yang aku created sendiri sampai sekarang my mental is stress there and there. I can't think properly. Allah, help me.


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuatlah kebaikan, sesungguhnya Allah s.w.t sukakan orang yang melakukan kebaikan.”
(Al-Baqarah: 195)

Sesungguhnya aku telah mencampakkan diri ku yg hina ini dalam bahaya kebinasaan.

“Sesungguhnya Allah tidak merubah (nasib) yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa (sikap) yang ada pada diri mereka.”
(Al-Ra’ad: 11)


I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. Accident ini berlaku atas kelalaian aku sendiri dan ia berlaku because of my mistakes yg so many that i have done to HIM and people around me. Please forgive me. I appeal from deep of my heart. sobss. "The first to apologize is the bravest. The first to forgive is the strongest. The first to forget is the happiest"

Umi . abuya. kin terlampau banyak menyusahkan umi dan abuya. Daripada kin dilahirkan sampai ke saat ini. Hanya kerana kin, kalian susahhhh. Apa daya kin, kin hanya mampu minta maaf. Tetapi, kin rasa minta maaf itu tidak cukup. kerana Sesungguhnya kin rasa, kin adalah anak yg paling BERMASALAH daripada 11 orang yg lain. 

Lepas satu satu tragedy berlaku dan ia terus berlaku, continuously happen to me, YA Allah, apa dosaku sehingga aku di duga begini? 

Ya Allah, malunya aku kepada Engkau. Dengan sekelumit ujian-Mu ini, sudah terasa imanku goyah dan nipis sekulit bawang. Bagaimana Khabbab yang terbakar belakangnya itu? Bagaimana Sumayyah yang mati di hujung pedang? Ya Allah, ampunkan kehinaan diriku, kelemahan diriku. Berikan aku kekuatan. Aku datang mencari-Mu, jangan biarkan aku tenggelam dalam perasaanku…

Umi . Abuya. Maafkan kin. Kin tak sangka benda sperti ini akan berlaku. It was unexpected thing happen on me. Kin tak minta. Tapi ia tetap berlaku. dan sesungguhnya ia adalah takdir buat kin, dan kin tak akan bisa lupakannya sehingga saatku terhenti di dunia ini..

It's time for me to change. It's up to me. Either I make history or I become history. Sobsss


It was a history of me, at 8.00 am, 3 Nov 2011
Di Guthrie Highway Kilometer 6.5, from Rawang to Shah Alam, accident happened~ that tragedy just only me confront it. Ya Allah, tabahkanlah hatiku..



Aku takut, aku hanya mampu menangis, bila stereng tak mampu aku kawal, lantas terlanggar kereta di hadapan, dan aku berpusing 360 degree di tengah2 Guthrie Highway. dan terus melanggar divider tepi, dan pintu kereta kanan belakang mencium divider tersebut, dan kereta terus berhenti. Aku senyap dan terlalu shocked, takut! it's was toooo extreme thing happened to me. Apa yg aku fikir, adakah aku akan mati. YA Allah, ampuni dosaku. 


5 minit aku duduk dalam kereta, tersenyap. terdiam. aku terus call umi, sebab umi adalah orang yg terakhir aku salam dan cium pagi itu utk ke kelas, aku call umi, umi marah aku gila-gila. kerana KENAPA KIN BAWAK KERETA SAVVY, TAHUKAN KERETA TU PROBLEM?, aku tak mampu berkata melainkan air mata ku mencurah2 keluar seperti hujan yg lebat turun. Apa yg mampu ku katakan, benda dah terjadi, apa boleh buat umi. Ketakutan aku bertambah, aku takut nak telefon abuya, ape lah perception abuya pada aku kemudian.




2 minit kemudian, Tiba-tiba, seseorang mengetuk pintu cermin, dan bertanya keadaanku dan suruh aku keluar dri kereta. cabut kunci kereta. keluarkan segala barang berharga. Aku pun keluar. hp masih di tangan aku. Kemudian pemuda itu menyuruh aku menelefon suamiku utk selesaikan segala hal. GILA! bila masa aku kahwin. Sempat nk melawak pulak. Dia mana tahu. Aku pun mengiyakanlah, aku call abang aku, supaya dia hadir, bantu aku. Siapa yg mampu ku harapkan, melainkan dia lah satu2nya abang byk bersusah payah kerana aku, Terima Kasih Abang Ujey. akan kin kenang segala jasamu.. sobssss. Aku sangat bersyukur aku dikurniakan seorang abang yg prihatin pd saat itu. 


kemudian, tiba-tiba seorang pemuda lain, bertanyanya keadaan aku dan myuruh aku sign kt satu helai kertas. aku dah otak tgh berpusing-pusing, buntu. HAH? ttbe suruh aku sign, ape case la haii. aku pun terasa wajib utk telefon abuya. Abuya, kin accident, abuya hanya mampu berkata tenang kin, jangan risau, kin tak apa2 kan. (sesungguhnya lelaki is the most calm person compare than perempuan, assumption aku salah terhadap abuya) aku : Abuya, ada org suruh sign kertas ape ntah, pastu abuya menyuruh aku serahkan hp ku kpd org tersebut, blabla. hurmm, bengkel kereta rupanya, huhuhu, sabarjela. Aku mana tahu, mana boleh senang2 nk sign. kena dpt permission parents dulu kaaan..


aku takut nak tengok kereta aku langgar tadi. distance kereta tersebut sedikit jauh daripada kdudukn aku, jadi aku kurang nmpk keadaan dia dan kereta dia. Aku pun bertanya kepada pemuda yg volunteer bantu aku akan keadaan org tersebut, dia xde pape, cuba bibir dia berdarah skit. Oh Allah, Alhamdulillah, nasib baik xde serious injured, aku lega, Tetapi yg membimbangkan aku KERETA MYVI dia sangat teruk, abang aku kata. TOTALLY LOST perhaps!, sbb enjin dia pecah. dasyat. aku cuma langgar bumper belakang dia, cuma tercambut. ttp kereta dia pun berpusing 360 degree langgar divider di bahagian hadapan. Tu yg engine pecah teruk. aku nmpk orang tu terus terdudk kat atas jalan kerana tgok keadaan kereta yg sgt tragis. aku rasa sgt berdosa. Ya Allah, ampuni dosa ku, sesngguhnya aku mmg tak sengaja.




Kejadian ini benar-benar mengajar aku. satu-satu pengalaman yg aku rasai berseorangan. Selalu aku hy dpt tengok org accident di highway, time tu jem teruk sbb semua org pakat slow kan kereta, nak tgok keadaan accident tu, mgkin insaf sesaat cuma. dan semalam adalah sejarah buat aku, dan aku merasainya. Dunia aku mcm nak terhenti tetapi berputar semula. Sesungguhnya keinsafan wajib wujud dari diri aku, supaya quote "biar lambat asal selamat" jadi prinsip hidup saat ini dan pastikan nak bawak kereta tu, kereta sure dah service ye.  fobia atau trauma mmg aku rasai skarang. Time darurat je la nk driving ye sakinah. Insaf. 


note: aku takut nk balik rumah, sbb sure kena bambu teruk gila punyer kt rumah nnti. tapi umi ngn abuya da kata, Redha dgn semuanya. semua claim insurance, so don worry. umi  dan abuya da pakat nk amik aku kt shah alam, tp aku x nak, nak tenangkan fikiran, naik ktm shj ptg ni menuju ke rawang, utk cuti hari raya haji.  hurrmm, cuti seminggu, tp word cuti doesn't mean to me, because aku ada expedisi ke Gunung Ledang, Johor, selasa depan, selama 7 hari, lamanyer. Semoga aku dpt lupakan segala keperitan ini seketika. MAY ALLAH BLESS ME. Always pray for me dear readers. Wallahua'lam.



Life is an opportunity, benefit from it. 

Life is beauty, admire it. 

Life is a dream, realize it. 

Life is a challenge, meet it. 

Life is a duty, complete it. 

Life is a game, play it. 

Life is a promise, fulfill it. 

Life is sorrow, overcome it. 

Life is a song, sing it. 

Life is a struggle, accept it. 

Life is a tragedy, confront it. 
Life is an adventure, dare it. 
Life is luck, make it. 
Life is too precious, do not destroy it. 
Life is life, fight for it.

Alhamdulillah, aku masih bernyawa sehingga ke saat ini. Allah msih memberi peluang utk aku terus bertaubat dan bertaubat. Semua yg bernyawa pastikan akan merasai mati, yg beza, cepat atau lambat sahaja dan mati sbgai org yg soleh dan beriman atau sebaliknya. Doakan lah yang terbaik utk semua orang Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 49 yg bermaksud;


Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfa`atan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya).




Wednesday, October 26, 2011

Hati Wanita




Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu!. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tau rindu pada siapa..


A (Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR... :-)



Saturday, October 1, 2011

Hari Haul yang ke-300

Bismillahirrahmannirrahim.


4 DzulQaedah 1432H


11.16 am

BCH, Rawang

Alhamdulillah wa syukrulillah. Assolatuwassolamu a'la Rasulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT. Mudah-mudahan dengan mengucap syukur ke hadrat Allah SWT, akan ditambah nikmat ke atas kita oleh Allah, dengan nikmat-nikmat yang lain. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, semoga dengan mengucapkan selawat dan salam ke atas RAsulullah SAW, akan bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Semoga dengan kecintaan itu, akan menjadi asbab buat kita untuk memperolehi syafaat Rasulullah SAW di akhirat nanti. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang kepadaku dengan menggunakan nikmat yang paling besar, iaitu nikmat iman dan islam, utk menghadiri majlis ilmu semalam di Masjid Al-Falah, USJ. Alhamdulillah. Allah mengizinkan ku berkesempatan untuk memperolehi ganjaran dan berkah berada di majlis yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Majlis yang meningkatkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW dan majlis yang melahirkan kecintaan kita kepada orang-orang soleh dan mengenangi kehebatan dan kemuliaan mereka di sisi Allah. Masya Allah. Subahanallah.


~Alhamdulillah, setinggi syukur dirafa'kan trhdp Ilahi yg mana kita dpt hidup di dunia yg fana' ini utk beriman kpd-Nya serta pyampai utusan-Nya Rasulullah SAW dlm suasana yg aman dan tenteram di ngr yg dirahmati Allah SWT dlm zaman yg khususnya kita berpeluang myirapi tahun wafatnya Mujaddid Islam abad ke-12 stlh genap 300 tahun; Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Semenjak tahun 2001, saban tahun dilangsungkan sambutan seperti ini dan saban tahun semakin meluas di pelusuk negeri pendekatan kpd hasrat beliau. Kesan usaha beliau merupakan ilmu, nasihat, barakah, do'a, kewibawaan dan maqam tokoh murabbi ini dikatakan ketara dan positif oleh penziarah dari luar negara yg berulang alik ke Malaysia selami ini,  yg mana ramai yg tidak mampu mengenal pasti perubahan  yg beliau bawakan. Wallahua'lam.~ Bingkisan dari Buku Haul Akbar Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad. yg dijual di Masjid semalam dgn harga RM5. grab it, byk manfaatnya. BACA!

Program Haul Di zon Sentral. Jom menikmati taman-taman syurga.


Klik sini Alhawi yg menganjurkan taqlim di Malaysia. Allahu Akhbar


sebelum tu, jom hayati bait-bait Qasidah ni, sgt bestttt


salaamun-salaamun kaamiskil khitam


.sebarkanlah salam.


*tp semalam punyer lg merdulaah. hik3

Antara point-point penting yg sempat ku coretkan; (utk aku sentiasa ingat dan beramal dgnnya) Bantu aku Ya ALLAH.

"Barangsiapa yg mengamalkan Ratib Al-haddad dengan beristiqomah di antara Maghrib dan Isya', Allah akan mengurniaakan syafaat meninggal dunia dalam keadaan HUSNUL KHOTIMAH"
yakni kedudukan yg tinggi di sisi Allah dan memperolehi syurgaa Allah yg abadi.

Makanya, kita sudah memperolehi ilmu, jadi beramallah dengan ilmu, semoga tidak tergolong dalam kalangan mereka yang CELAKA.

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah. 


"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

*ada masa terluang, hayatilah cerita ini. semoga amik iktibar dan pengajaran daripadanya.

2 sifat/ amalan/sikap/perangai yang wajib ada pada diri setiap insan yg beriman yakni;
1. HUSNUL ZHON terhadap Allah
2. HUSNUL ZHON terhadap hamba-hambanya.
Berbaik sangkalah, semoga kita tidak memiliki penyakit hati yg memeritkan dijiwa, yg menyebabkan byk kesan negatif pd kehidupan kita. Maka, BERBAIK SANGKALAH DENGAN SEMUA ORANG YG HAMPIR DENGANMU.

Membersihkan hati; bagaimana?
Ikutlah jejak Nabi, bagaimana?
~ sentiasa merasa diri hina
~sentiasa merasa diri terlampau byk dgn dosa
~ tidak meremehkan (mengata) terhadap muslim yg lain kerana terasa diri sgt hina berbanding org lain. Hebatnya mmpunyai sifat begini. Subhanallah.

Kisah Uwais al-Qarni sbagai pengajaran yg berguna buat diri ini; Ya Allah

Perbualan Uwais Al-Qarni bersama seekor anjing,
Uwais Al-Qarni: Wahai anjing, aku lebih mulia darimu sekiranya aku masuk syurga, ttp
                       engkau akan lebih mulia drpdku sekiranya aku msuk neraka.


Manusia pilihan Allah;
- hati mereka tidak ada cinta selain cinta kpd Allah
kerana cintanya hy kpd Allah, terikat dgn Allah dan tujuan mereka adalah Allah semata-mata.

Hadirnya keberkahan dalam sesebuah masjlis ilmu;
- berubah kepada kebaikan
tutup aurat dgn sempurna. syariat jaga (Allah, ssh nk jaga ini. Bantu Aku YA ALLAH)

1 majlis hadir = 1 kali maksiat kita tinggalkan
Meninggalkan 1 maksiat bersamaan 1000 kali menunaikan haji.

Niat menghadiri majlis ilmu; Kejujuran kpd Allah sangat penting.
Ikhlas kerana Allah. Niat nak berubah. Wajib tunaikan setelah hadir majlis Ilmu.

Kepentingan Niat;
Niat yg baik = Allah akan membuka 70 pintu kebaikan.
Jika niat yg TIDAK baik = Allah akan membuka 70 pintu kehinaan.

Niat utk memperbaiki diri, dah niat, kena tunaikan. kerana ia kembali kpd niat yg ikhlas.
Selepas menghadiri majlis ilmu, sifat merendah diri semakin menebal, sifat tawadhu', terasa diri terlampau byk dgn dosa, terasa diri amat hina. Mudah menerima nasihat dan teguran. TIDAK ada RASA EGO, ANGKUH, BONGKAK, UJUB dll yg seumpamanya.

""" orang yang berilmu akan celaka apabila ia tidak beramal, dan org yang beramal akan celaka apabila dia tidak melakukannya dengan ikhlas.. iman itu tidak akan bertahan lama apabila hati kita kotor, dipenuhi dengan sifat mazmumah, ego dan sebagainya..
setiap kata yang keluar dibibir mahupun diluahkan dengan bait2 kata di skrin facebook perlu dikota kerana kita kan dipertanggungjawabkan dengan apa yg kita katakan.. kita akan ditanya kelak.. segalanya berbalik kepada hati.. bersih atau kotor... perlu koreksi diri supaya tidak terus terleka dengan tipuan dunia yang mengasyikkan.."""""

berkenaan ayat di atas; syukran jazakillah, teguran yg berguna buat aku JIDDAN.

* semoga 8 oktober di Masjid kecintaanku SSAAS, dpt ku hadir. aade Seminar start 9am til 12, then ptg smpai malam. Semoga Allah permudahkan.


wallahua'lam. 
yg baik dtg dri Allah
yg hina dtg dri diriku ini.
jazakumullahu khairan kathira..



Rasulullah Saw bersabda, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.