Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Saturday, April 30, 2011

Sahabat Sejati



‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
 “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
.............................................................................................................


Apakah ciri-ciri sahabat yang sejati atau kata lain sahabat yang baik?




Anda pasti tahu jawapannya. Sudah tentu sekali. Tetapi bagi diri saya, nak memperolehi sahabat yang baik ni payah sekiranya diri kita tidak memiliki ciri-ciri demikian, pasti sukar dan payah. Apa yang penting kita kena memperbaiki diri kita semoga bertemu dengan sahabat yang baik seperti ciri-ciri demikian;







Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
 “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Dan berhati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat sifat seperti ini:
  • Sahabat yang tamak.
  • Sahabat hipokrit.
  • Sahabat pengampu.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. 

Sedikit Puisi Tentang Sahabat Sejati;


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
                    Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
                    Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah




InsyaALLAH, semoga kita bertemu sahabat....( doaku dalam sujud)

P/s: Saya rindu kalian; Melo, Aini, Lela dan Wani- Sahabat yg dirindui-KMM-tetap merindui kalian.
By ekin, BCH_Rwg-5.50pm. 

Monday, April 25, 2011

Kaseh "Ummi" Membawa Ke Syurga



Rasulullah bersabda yang bermaksud;


Memandang wajah ibu bapa dengan penuh kasih sayang adalah satu ibadat.


...........................................................................................................

Perbualan dua sahabat itu mengingatkan kita kepada sebuah hadis Rasulullah saw. 
Daripada Mu'awiyah bin Jahimah As-Salami, Jahimah datang kepada Rasulullah, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi berperang dan aku sekarang datang minta nasihat kepada tuan.”

Baginda bertanya: “Apakah kamu masih mempunyai ibu?”

Dia menjawab: “Masih.” 

Baginda bersabda: “Uruslah dia, kerana syurga di bawah kedua kakinya.” (Hadis riwayat Nasa'i, Ahmad dan Ibnu Majah)

Rasulullah memahami keinginan Jahimah untuk pergi berperang dan pada masa sama mengetahui ibu Jahimah sakit dan perlukan penjagaan. Namun, Baginda memerintahkannya mengurus ibunya kerana dengan mengurus ibunya, dia akan mendapatkan balasan syurga. Subhanallah, ada saat tertentu di mana menjaga ibu sakit lebih utama daripada berjihad di jalan Allah.

Menerusi hadis itu, Baginda dengan tegas menerangkan keistimewaan yang Allah berikan kepada ibu, pemegang kunci syurga anak-anaknya. Jika anak mereka berbakti kepada ibunya sesuai dengan tuntutan Islam, Allah akan memudahkan mereka masuk ke syurga. Sebaliknya, jika anak itu derhaka kepada ibunya, pintu syurga menjadi sukar untuk mereka lalui.

Kehormatan tinggi seperti ini hanya menjadi hak seorang ibu dan tidak menjadi hak seorang bapa. Ini membuktikan bahawa Islam benar-benar mengangkat martabat dan darjat kaum wanita, memperlakukannya begitu terhormat sehingga dijadikan penentu bagi anak-anaknya untuk memasuki syurga stau sebaliknya.


Firman Allah, yang bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah, melahirkan dengan susah payah pula, mengandungkannya, menyusukan sehingga 30 bulan, sehingga apabila dia dewasa dan berumur 40 tahun, dia berkata: Wahai Tuhanku, tunjuklah aku supaya aku mensyukuri nikmatmu yang dengannya Engkau merahmati aku dan ibu bapa, dan supaya aku dapat membuat amal salih yang Engkau redai, berilah kebaikan (perbaikilah aku) kepadaku, dengan memberikan kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang yang berserah diri. Mereka itulah orang yang kami terima daripada mereka amal yang baik, yang mereka kerjakan, dan kami ampuni kesalahan mereka bersama penghuni syurga sebagai janji benar yang dijanjikan kepada mereka,”
          (Surah al-Ahqaf, ayat 15-16). 



Apa pilhan anda?



Hukum berchatting dengan bukan mahram di alam maya:




Ustaz Azhar Idrus berkata:







Nak kenal dan bagi maklumat yang basic, harus. 


Sembang kosong, makruh. 


Sembang nafsu, haram.


So? what is your action and your preferences to choice? OF course, U know that!, 


U will, Of Course...



kita cinta ALLAH kan?? Sejauh mana kecintaan kita kepada ALLAH?

Tepuk dada, Tanya IMAN 

Firman Allah SWT:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." 
(Al 'Asr 103: 1-3)



kan???




Sabda Rasulullah SAW:


Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yg terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.


(Al-Bukhari dan Muslim)- Hadis ke-9 dalam hadis 40.




Anda Bijak Jauhi Zina..


ABJZ




So apalagi.. rebut kenikmatan (menjauhi mungkar) itu dengan;






jom.. join usrah supaya jiwa sentiasa ditarbiahkan dengan iman, ilmu dan amal lantas untuk mempertingkatkan serta meng'update'kan apa-apa yang kurang dalam diri supaya dapat diisi penuh kecintaan Untuk Tuhan YANG ESA. Hanya DIA, barulah ketenangan itu hadir.. 
mengejar MARDHATIllah.. matlamat setiap makhluk ALLAH yang telah diberikan hidayah kepadanya, supaya terus beristiqamah dan menjaga kenikmatan itu agar tidak hilang ditelan fatamorgana duniawi. Ujian dari-Nya adalah tarbiah buat kita..





impian setiap insan yang beriman.

Sekian :) Jazakumullah.

Allah kasih pada HambaNya, DIa akan tunjuki jalannya kalau kita YAKIN sepenuh hati hanya pada-NYA. di mana letaknya TAQWA kita kepada-NYA..

P/s: “Dunia ini memang sudah maju. Orang yang bercouple dikatakan maju. Orang yang mewah dikatakan maju. Tetapi secara hakikatnya mereka memang semakin maju. Tetapi maju ke arah neraka. Kerana mereka semakin jauh dari Allah.”

Nauzubillah min zalik.. T_
T

Saturday, April 23, 2011

32 Ciri-ciri Gadis Muslimah Sopan dan Berakhlak yang Sempurna

oleh Kalam Musafir@fb  


Assalamu'alaikum, antara ciri-ciri wanita muslimah yang sopan dan berakhlak sempurna seperti berikut, semoga kita tergolong dalam ciri-ciri ini, walaupun bukan sekarang.. InsyaALLAH, ada Usahanya. Jom sama-sama kita perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik..

  1.     Solat tepat waktu.

    2.     Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.    
           
    3.     Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.


    4.     Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.

    5.     Bercakap dengan rendah suara.

    6.     Lembut dan halus tingkahlakunya. (aku tak mcm tu)

    7.     Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

    8.     Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.


    9.     Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.


    10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

    11. Pandai mengambil hati orang tua.

    12. Menghormati dan taat ibubapa.

    13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
    14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

    15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

    16. Rambut tak diwarnakan.

    17. Banyak dan murah dengan senyuman.
         (aku failed bab ni, sgt2)

    18. Banyak mendengar dari bercakap.

    19. Senyuman adalah ketawanya.

    20. Tidak ketawa terbahak-bahak.

    21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

    22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.

    23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.(biar tak de kawankan lagi bagus, sobsob, aku kehilangan kawan)

    24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.  (sedih-sedih sendiri, bawa diri yang lara)


    25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah   
          dosanya.

    26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan 
          juga untuk orang yang menganiayanya.

    27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira 
          tahap pendidikan dan taraf.

    28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai  
         menguruskan kewangannya. ( tlg ajari aku, 
           aku failed bab ni)

    29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan 
          menjauhi makanan syubhah.

    30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain. (saya suka hamster dan tiger, dan tak suka kucing busuk+liar)

    31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga. (itu sebab sy amik kos kat uitm ni) save our earth!!! 


    32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.


akhirulkalam.. aku jauh lagi nak digelar muslimah sopan, solehah dan berakhlak sempurna... Sebagai pengajaran.. jom sama-sama kita kejar impian untuk memiliki akhlak sesolehah wanita idaman Syurga.. kita laksanakan bukan ingin memiliki ganjaran Syurga yg penuh kenikmatan dari-NYa tetapi inginkan REDHA yang MAHA ESA sbgai HambaNYA yg hina, dhaif, lagi jahil ini untuk terus berjuang di muka bumi-NYa, kita tak nak digelar hambaNYa yg tak bersyukur bukan.. Ayuh-ayuh kita usahakan... walaupun mujahadah itu pahit. ttp hasilnya lumayan pada diri sendiri dan juga orang lain... dan apa yang penting??? ISTIQAMAH sayang..:))okeh, jangan cakap je, jom laksanakannya.... ayuh-ayuh..kejar-kejar jangan sampai jatuh. kalau jatuh, bangun balik k, sebab ALLAH always by side. walaupun nafsu dalam diri dan  syaitan bersepah-sepah.. YANg penting.. KUAT.. atas diri sendiri.. kesedaran dtgnya dari DIRI SENDIRI dan keinginan yang meluap-luap untuk berubah menjadi manusia yang bersyukur dan digelar wanita SOLEHAH, idaman kalbu...

Wallahua'lam...


P/s: Faktor yg merendahkan MARTABAT wanita:

1. Lupa Mengingati Allah.
2. Mudah Tertipu dgn Keindahan dunia.
3. Mudah Terpedaya dgn Syahwat.
4. Lemah iman.
5. Bersikap suka MENUNJUK-nunjuk.
Astaghfirullah T_T

Friday, April 22, 2011

Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami.

......................................................................................................
Penjelasan;
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga




2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga




..............................................................................................






Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.




Kepetahan wanita solehah,

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.




Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,

Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.


Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Sekian :) Jom jadi wanita solehah.. berusaha!!!

Tuesday, April 19, 2011

Keluarga Sakinah warahmah wamawaddah..

Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh yang baik utk dijadikan tauladan kepada ciri-ciri Keluarga Bahagia.. Firman Allah SWT;

QS 33:21.
Kamu ada satu teladan yang baik pada rasul Allah bagi sesiapa yang  mengharapkan Allah dan Hari Akhir, dan mengingati Allah dengan banyak.




Keluarga sakinah warahmah wamawaddah
Impian semua insan yang beriman..
keluarga yang bahagia
Impian semua insan..

Sunday, April 17, 2011

Ibubapa Adalah Jalan Pintas Ke Syurga


Terdapat tiga ayat di dalam al-Qur’an yang saling berulang, yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Ayat-ayat tersebut adalah:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

.................................<<<>>>.....................................






Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. ” Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ? “.

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Alangkah terkejutnya baginda kerana mendapati pemuda tersebut memandikan sepasang babi jantan dan betina, serta dipeluk dan diciumnya babi tersebut. Ya, sebenarnya babi itu adalah ibubapa kepada kepada pemuda tersebut,  tetapi pemuda itu langsung tidak menyisihkan orang tuanya. Bahkan terus berkhidmat dan sentiasa mendoakan agar dosa ibubapanya diampunkan.
Nampak? Betapa tingginya nilai ibubapa kita walaupun bagaimana keadaan mereka. Orang beriman tidak akan mengabaikan ibubapanya kerana untuk mendapatkan redha Allah, mereka haruslah mendapat redha orang tua mereka dahulu.

Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, dia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis”.
Lalu sabda baginda: “Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis”. (Riwayat Ibnu Majah)
Lihat, betapa besarnya keredhaan ibubapa dalam kehidupan kita. Dan syarat inilah perlu dicapai untuk memperoleh syurga.

Menjadi Anak Yang  Bernilai

Di sekolah dahulu, kita semua pasti pernah terdengar perkataan anak emas bukan? anak emas bermaksud anak yang paling disayangi dan dimanja ibubapa. Tapi hari ini saya akan tafsir maksud anak emas yang sebenarnya.
Jika diberi pilihan, untuk memilih antara batu dan emas, yang manakah akan anda pilih?

Jika dibanding, emas mempunyai nilai yang  sangat berharga dan nilainya sentiasa meningkat. Sejak berzaman, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Oleh kerana nilainya yang tinggi, emas diletakkan ditempatkan ditempat yang sempurna dan selamat.

Manakala batu, langsung tiada nilai kepada manusia. Jika ada orang mengutip batu dihalaman rumah anda, tiada siapa akan marah. Malah batu digunakan pula untuk menghalau anjing, bahkan salah satu bahan bakar api neraka adalah batu.
Jika begitu, pastilah semua akan memilih emas kerana nilai yang terdapat padanya. Begitulah juga anak yang soleh, nilainya ibarat emas yang berkilauan, dan bernilai disisi Allah SWT. Dan diantara janji Allah, harta yang paling BERNILAI dan tidak putus kebaikannya  walaupun selepas mati adalah doa ANAK yang soleh.

Cerminlah diri kita dimanakah status kita sekarang. Dimanakah status kita? Adakah kita emas atau batu tersebut..
Marilah kita menjadi “anak emas” yang bernilai, kerana hanya benda yang tinggi nilainya layak untuk syurga Allah. Hindarilah dari menjadi “anak batu” seperti si Tanggang kerana  batu itu bahan bakar api neraka. Ingatlah pepatah “What goes around comes around” kerana kita semua bakal menjadi ibubapa dan bakal menjadi tua..

Semoga menjadi renungan bersama..



ya abi wa ummi.. kalian pujangga hatiku dunia akhirat.. maafkan segala khilaf kin ye...


dari kiri: Kak jijah (mysistainlaw), umi, leyha, syidah, naila, mat. abuya yang belakang sekali memeluk adinda2nya dan yang depan sekali adalah vespa. budak nakal gedik lagi mencapap.. adik aku yg last but not leastlah. aku ramai adik lagilaaah..in counting, i have 12 siblings.. lalala

P/s: Setiap manusia itu tidak sempurna. tetapi terimalah ketidaksempurnaan itu dengan hati yang redha..


Sumber: akuislam.com