Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Wednesday, March 23, 2011

Walimatul Urus Akhi 12/2/2011

Gambar menjadi tontonan.. Silalah melihat dan mulut diam berbicara..

kak long comel, muka da kepenatan.. alololo..

kak long again, comotnya dia...


Pelajar Imtaz memeriahkan majlis dengan zikrullah dan alunan Al-Quran..


The simple food that served only for Keluarga pengantin..dingdong



Jemaah Imtaz menjamu selera..



Ustaz Jafaruddin dan Isteri yang amat rajin bertungkus lumus menjayakan majlis. Syukran Ustaz..


my hand skill, just simplea and simple scallop... 


amin, budak baik, salu panggil cik kin, "tinnnnn", xpela amin, good boy! ^_^


kak long penat dan telah pengsan seketika di tengah-tengah orang ramai sedang menikmati makanan..


happy family.. harap maklum ramai yg xde time ni, of coz aku xde, my Ummi, my kakak and mat..


geng muslimah solehah, they not my frens but my sis's  frens. sobsob.. i wanna join too..but i missed it..


Islamic scenery view. love what..


end with this pic, what do you feel when u see this? 
want too? dreamlah..
i don't care..

Monday, March 14, 2011

Kedudukan Saf Jemaah Muslimah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarokatuh..


Seperti biasa, setiap hari Isnin, di surau kolej ku, ada solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib.. Hari lain xde. sobsobsob...  i'm just follow them.. as usual, telah menyatakan pukul 7.00 malam. aku siap2 berpergian ke surau, sedih jugak, xde orang. Janji melayu lagi.. hurmm..xpe, sementara menunggu azan berkumandang dan imam hadir, kita izinkan jiwa kita dengan kalimah-kalimah dengan melafazkan ayat0ayat suci Al-Quran.. Supaya jiwa kita bersedia menghadap pencipta yang maha kudus....


saf....


Siapa yang jadi imam, monolog sendiri, then semua diri.. tiba-tiba yang imam kata padaku iqamat. owhh.. baiklah.. yang menjadi peliknya, dimanakah kedudukan iman, macam sama je dengan arus aku berdiri, aku asyik betulkan  jarak antara imam, dari first takbir until the end, it make me confuse.."asal sama", then, aku lihat makmun sebelah kiri imam, awat dia macam kedepan dari imam.. 


perbetulkan;
yang sebenarnya begini, macam biasalah, kedudukan imam begini, imam kedepan sedikit, makmum belakang tapak kaki imam berdiri. seperti yang aku belajar. 


yang salah;
kedudukan imam bukan selari dengan makmun ataupun bukan kedudukannya sama.. 
yang betul;
kedudukan imam di tengah-tengah..


Kedudukan Dalam Jemaah

Bagaimanakah kedudukan/jarak imam dan makmum dalam sembahyang berjemaah:
a)  sesama perempuan

Jawapan:
a)  Sesama perempuan
     Jarak imam dengan makmum dalam solat jamaah yang diimami oleh orang perempuan. sesetengahnya berpendapat imam perempuan berada dihadapan sedikit dari makmum, tetapi yang afdalnya menurut imam An-Nawawi di dalam Syarah Muhaddhabnya, imam perempuan hendaklah berdiri di tengah-tengah saf yang pertama, kemudian jarak antara saf demi saf adalah sebagaimana yang biasa kita 
lihat sekarang. 



tambahan;



riwayat dari Raithah Al Hanafiyah :



أَنَّ عَائِشَةَ أَمـــَّتْهُنَّ وَقَامَتْ بــــَيْنـــَهُنَّ فِيْ صَلاَةٍ مَكْتُوْبــــَةٍ ( رواه الدارقطني(




“Bahawasanya Aisyah pernah mengimami wanita-wanita pada salah satu shalat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (HR. Daraquthni) Diriwayatkan daripada Ummu Salamah رضي الله عنها:



أَنـــَّــهَا أَمَّتْهُنَّ فَقَامَتْ وَسَطًا( رواه عبد الرزاق و البيهقى(



“Bahwasanya beliau (Ummu Salamah, istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)” (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi)

وفي الأم :"قال الشافعي : روى الليث عن عطاء عن عائشة أنها صلت بنسوة العصر فقامت في وسطهن"

Di dalam al-Umm: Berkata al-Imam al-Syafie rhm: al-Laith meriwayatkan daripada 'Atho daripada 'Aisyah ra bahawa dia ('Aisyah ra) solat Asar bersama wanita dan beliau berdiri di tengah-tengah mereka.

Fatwa Lajnah Daimah:
-dibenarkan untuk wanita mengimami solat sesama wanita
-imam berada ditengah-tengah saff ma'mum
-jika solat berdua (seorang imam dan seorang makmum),makmum wanita akan berada disebelah kanan imam wanita.







selesai zikir dan doa selepas solat, Ajk Kerohanian membuat satu announcement yang mengecewakan aku, Ustaz tak dapat hadirkan diri untuk memberi ceramah pada malam itu.. seorang ukhti menyampai sesuatu "tazkirah' supaya hadirin yang datang dapat sesuatu manfaat daripadanya, dia tekankan ' sampaikan walaupun sepotong ayat" hadis nabi.. dia menekan bab aurat dan ikhtilat, itulah yang menjadi kebiasaannya..




Wallahua'lam..

Friday, March 11, 2011

Hari ini, hari semalam, amik iktibar~

Salam to all readers, ade ke?
Selamat pagi, 
Semoga Hari ini lebih baik dan lebih indah dari semalam...
Post ini bertujuan hanya untuk bercerita tentang diri ini yang penuh kejahilan dan kehinaan atas kelalaian sendiri.
Tidak ada niat apa2 yang bersarang dalam otak yang dalam.
Maaf, bahasa agak tidak sopan disini, abaikan..

Pengajaran buat aku, moga bisa jadi tauladan buat kalian di hari esok..
Semalam punya cerita..
Pukul 10.30pagi; lokasi di dalam kelas;
Allahumarhamnabilquran... hpku berbunyi, tandanya ada sseorang menelefonku, of courselah, xkanlah hantu kak limah plk kan, hurrmm, pada ketika itu, lecturer tak masuk lagi, aku berlari keluar kelas nak menyahut panggilan itu, oke!, sebab dalam kelas haru biru, bsing yg amat, i hate d sound! silent please, ..
Angah kol lah; akuu lihat screen hpku yg penuh bercalar, xreti nk jage, aku mmg mcm tu, suka nk cmpk hp tuh.. 

angah: Assalamu'alaikum
aku: waalaikumussalam, ye, ade ape?
angah: boleh mintak tolong tak?
aku: hurrmm, (rasa cm berat je), tlg ape? InsyaALLAh.
angah: amik atok kat Jenderami.
aku: pkul brape tuh??sbb kin ade kelas, 10.30-12.30 then 3.30-6.00. so cm ne?
angah: ohh, 12.30-3.30 ade free kan, amik atok time tuh.
aku: hoho, sempatkah?
angah: InsyaALLAH sempat..
aku: Oke2, InsyaALLAH..
angah: Terimakasih. ajak kwn teman.
aku: oke!(off hp trus). wakaka. jaat pnyr adik.

kerisauan pertama: 3 jam diberi masa, dari shah alam-jenderam hilir-rawang-shah alam.
Ohh Allah, Sempatkah?
kerisauan kedua: aku tak ingat jalan nak g Jenderami.. nak lalu mana dari shah alam.. hoho.. risau2..
kerisauan ketiga: hp aku battery da nak kong and crdit tarak. adoii..

aku: kawan2 sape leh teman sy amik atok sy kat AL-Jenderami?
kawan2: Senyap..
Tandanya depa xnak teman..
rasa nak nangis, tp, pendamkan je..
bodoh je nak nangis kan.. yela, kita dalam kesusahan, xde pun spe nak tlg, Xpe, Aku tahu, Aku ade Allah..
even I'm alone.. be strong Sakinah!!
Dalam kelas x leh nk focus, 1 hape pun tak masuk, memikirkannya perjalanan ini. alah ekin, bukan tak pernah buat je, buat bese2 sudah. monolog sendiri..

oke! 12.30 sudah. tamat kelas, aku ape lagi, berlari2 anak keluar kelas, sebelum tu, aku tye again kat kawan2 aku, x nak teman eh, dorg ngeleng. rasa hina je diri.. ekin,.. again, Be strong! Allah ada sayang..

aku memulakan perjalanan dari parking kereta seroja, g, beli topup, g isi minyak, beli roti dan susu utk lunch arituh, punyer fikir tak sempat sume nak makan kenyang2, okeh, lafaz doa dan zikir mengiringi perjalanan aku..

aku telefon umi, bagi direction, ingat! masuk kiri-kiri. aku. hah???? leyha, tunjukkn direction. adoii.. bagi direction pun salah. geram.. masuk kat putrajya, cyberjaya, but then terus ke dengkil.. tut, hp mati.. sabar! sendiri salah, spe suh x charge. aku lupalah sengal. marah diri sendiri. !

bukannya aku tak pernah pergi Jenderami, lebih 5 kali da pi sana, tp, yg salu jadi dreber umi, lyha, angah. aku mana pernah... x amik n malas nk amik pot bila tak bwk kete, aku senyap je kat blkg, wat pe'el sendiri2, layan perasaan konon, padahal tdo.. adoiii..

sepanjang perjalanan, aku dengar IKIM, khutbah jumaat, tentang isu rokok, shisha  dan dadah yg xleh settle mslh tu all year around,.. hoho.. aku tak taw shisha tu serupa ngn rokok. dulu, masa2 baru hangat cerita depa pasal shisha, aku dgr je, kwn aku sorg ni cite ni, syok abes, dia salu pi hisap shisha, kwn aku perempuan oke!. Allah. jahilnya dia.. dia kate isap shisha tak haram.. memadai je dia.. biasalh kaki clubbing, aku sem 2, terus da x rapat ngn dia, baru tahu life dia mcm tu, sorry, dear, jgnlah macm tu..sedih kawan... aku pernah dulu, bagi dia hadiah bfdy, sehelai selendang  dan tasbih. aku harap dia berubah, tp tak. sedih kot.. sem 3 aku lihat, pakaian dia makin menghairahkan kaum Adam. aku takut je nk tegur... Wahai kawan, berubahlah, insaflah, peliharalah dirimu kawan..  oke enough about it..



10 kali aku pusing2 around dengkil, tak jumpa2 jgk signboard YAYASAN AL_JENDERAMI, Ya Allah, adekah ko hijab tmpt suci tu dari aku kelihatan ia, atas dosa2ku.. Ya ALLAH ampuni aku.. aku rasa nak menangis, bukan sesat, tapi dosa aku, Ya ALLAH, ampuni aku, permudahkanlah bagi aku, tunjukkan aku Ya ALLAH;.

first makcik;
aku: Assalamualaikum, makcik, bagi saya seringgit goreng pisang n 1 air bandung ( hehe, tektik, nk menanya), makcik, al-jenderami kat mana?
makcik 1: taktahu....
aku: ok, terimakasih..
tu je yg dia jwb, ok fine, tak peramah sungguh.. eleh, mcm aku peramah sgt.. yee, sy pendiam, poyos jerrr.. ekek.

second people:
time tu solat jumaat da berakhirnya, ramai kuar dari masjid.. aku cari budak lelaki kecil. ramainya dak sekolah. aku tye sat..
aku: adik, al_Jenderami kat mana?
adik: hah? tak pernah dgr pun, al-kiblah tahulah, tu skolah sy.
aku: ohh, xpelah, terimakasih dik..

adei..  

third people;
aku nmpk kat tepi jalan tu, ade org berpurdah, mybe dia dari al-jenderami..
ye..kot..
aku: Assalamualaikum, nak tmpg tye.
akhowat: ye, wslm,.
aku: aj-jenderami kat mana?
akhowat: ye, ape ye?
aku: Yayasan Al-Jenderami, madrasah utk org2 tua dan anak2 yatim..
akhowat: oh, kat kmpg Dato Razali. awak straight je, then ad signboard, masuk kiri..
aku: ok. terimakasih....

aku teruskn pjalanan mengikut arus perkataannya, tp malang, aku rasa pelik, salah..huhu,..klo tak tahu, ckp jelah tak tahu, ceh, nak marah plk aku,, sabar ekin!

next people;
seorang pemuda: ohh, al-jenderami, kat jenderam hilir la dik, bukan kt dengkil..
aku: oh, yeke,, bukan kt cn?
pemuda: bukan, adik kena keluar balik then masuk jenderam hilir, dia depan lagi..
aku: ohhhh. syukran. terimakasih byk2..


Alhamdulillah, tahu jgk pemuda tu, klo tak tahu jgk, tak tahulah aku nak kata ape! 1 kampung punn tak tahu Jenderami tu kat mana, da berat da tu,,, punyer lah famous Al-Jenderami tu, boleh tak tahu, hooo. nak marah plk. sedikit marahlah,,, atok aku pun tahu, korg leh tak tahu~!!


aku teruskan perjalanan, mencari2, jgk sesat, jalan2, teruskan berlari,, air mata nk melimpah, sbb tak jumpa jgk, kenapa ek perempuan bila ditimpa musibah, nak nangis, aku tyye diri aku sndiri, pastu air mata tu tak melimpah pun, cool oke, jgn cengeng! be strong! jgn lemah sakinah!! air mata simpan utk bekalan esok, .. oke! mulut aku tidak henti baca Al-fatihah byk2, bismillah byk2, sbb itulah sumber kekuatan utk kita terus mencari sesuatu yg kita tdak jumpa.. YA ALLAH, tunjukkn aku jalan yg lurus iaitu jalan2 yg tlh engkau berikan nikmat dan bukan jalan yg dimurkai dan bukan pula jalan mereka yg sesat.. Ameeen YA RABB.
 

aku teruskan, tanpa berputus asa, then!! YA ALLAH, aku nmpk signboard tu. YAYASAN AL_JENDERAMI..'
susahnya aku nak temui...

2jam aku sesat!! 
alhamdulillah smpai..
pukul 4 bru aku smpai..
atok menunngu kat depan pintu...
atok blablabla ckp..
ingat tak jadi amik..
maafkan kin tok, terpaksa atok tgu lama... jadi nak amik.. cuma sesat tdi~~~~huu

kelas petang aku start pukul 3.30 petang, tapi langsung aku da tak kisah pasal kelas, yang penting amanah yang diberikan, aku wajib laksanakan, hantar atuk pulang ke rumah aku, then da selamat sampai rumah, tolong umi pape yang patut, mandikan zara dan amin, bagi dorang makan dan tolong printkan tentatif program untuk majlis maulidur rasul di mussola Az-zahra;, tapi malang print rosak.. aku kena hurry.. 8.00 malam, aku ada majlis anugerah dekan, da janji ngn nad tgu kat fspu, sian dia, mesti kol aku tekanan, sbb hp aku mati. aku fikir, aku da janji, so kenalah tunaikan, walaupun tak payah pergi majlis tu pun xpe, tapi, aku pegang prinsip Janji, then, i need hurry from rawang terus ke shah alam semula, walaupun jem yang amat teruk, teruskan... alhamdulillah sampai pukul 8.30 malam, sampai2 nad da macam kerisauan, sian dia.. sorry nad....majlis tu aku rasa sangat bored compared than previous, sobsob..


bila aku da mencogakkan km perjalanan dari SA-jenderam-RWG-SA adalah sbyk;

 50km+100km+60km = 210km------->; 3 hours
adekah cukup 210km = 3 hours
agak2nya berapa kelajuan  i need;
150km/h n above, rite?
but, i cant do that, beoause, Im stray + jem!
and I'm Alone, even though ALLAH always beside me.. 
my bro can, but i can't, notice this, aku perempuan, dan tetap perempuan, mana leh jadi lelaki.. 
please realize people!

disebabkan jem dan sesat, it takes more than 5 hours..



Wallahua'alam
aku sesat jalan.
tapi.. YA ALLAH, jgn sesatkan aku jalan menujumu,
Aku inginkan pelindung dan kasih sayangmu.. Tuhan..
ampuni aku, tuhan..
permudahkan aku menghadapi kehidupan ini, tuhan,..


mencoretkan tulisan comot ni sambil mendengari Zikirullah...Jom sama2 hayatinya... 

Ujian dariNya, buat aku kuat.. dan muhasabah diri balik..
Yang salah diperbetulkan dan cuba koreksi semula..

dan akhirnya. esoknya aku hantar atok pulang ke Jenderami back, it just takes 30 minutes. bawak 170km/h.. heee..see, x jauh mana pun, if tak sesat dan jem kan... aku je ni poyos lelebehh. nak touching plk.. k lah.. Salam..

Monday, March 7, 2011

Hukum Solat Sambil Memejamkan Mata


Hukum solat sambil memejamkan mata terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam al-Bayhaqi.  Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216)
Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-
عن أبي هريرة قال أمر رسول الله  بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب
Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )
Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat.
Imam Ibn Qoyyim berkata : "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yang mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang me"makruh"kannya. Imam Izz Bin Abd Salam juga berpandangan demikian.
Saya menyokong pandangan mengharuskan pejam mata hanya dalam keadaan yang benar-benar diyakini dapat menambah kekhusu'kan serta mengelakkan gangguan pandangan dari perkara yang pasti menganggu khusyuk, justeru hukumnya adalah berbeza menurut keadaan seseorang. Selain itu, membuka mata semasa solat adalah lebih utama. Pandangan rajih menurut Imam An-nawawi pula sebagai berikut :-
والمختار أنه لا يكره إذا لم يخف ضررا لأنه يجمع الخشوع وحضور القلب ويمنع من إرسال النظر وتفريق الذهن  
Ertinya : "Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda" ( Al-Majmu', 3/261 )
Perlu diingatkan bahawa saya tidak ketemui dalil khusus yang menunjukkan Nabi SAW pernah menutup mata tatkala menunaikan solatnya, bagaimanapun intipati kekhusyu'kan Nabi SAW adakalanya lebih perlu diikuti berbanding pergerakkan luaran tanpa ruh. Wallahu 'alam
Source: here

Isu Gabung Puasa Qadha dan Sunat & Cara Ganti Puasa Berganda-ganda


 Pada bulan Syawal yg lepas, hurmm, umi pernah bertanya padaku, dah habis puasa 6?
hurmm, belum, puasa ganti je yang dah lepas, dan cuma dapat puasa 1 hari je, so, mmg tak sempat nk kejar puasa 6 syawal. niat tu da ada, tapi, faham2 lah orang perempuan, datang haidnya tak tentu.. kadang2 cepat, kadang lambat, itu yang masalah skit.. total kalau nak puasa enam, semuanya 13 hari, half of month.. next syawal. my aim.. watching and waiting in coming Ramadhan..

Jadi, ape motif, saya postkan something that is important here, Jangan niatkan puasa qadha dan sunat sekali..
disini, saya sertakan jawapan dan hujahnya, hasil tulisan Ustaz Zahiruddin.. here
Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” ( Riwayat Al-Bukhari )
Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.
Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.
Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-
Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu ( dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-

• Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
• Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)
• Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
• Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
• Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
• Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)
Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
ii) Semasa usia remaja, saya pernah meninggalkan solat, demikian juga puasa. Tetapi saya tidak ingat jumlah solat yang ditinggalkan, serta jumlah hari puasa yang ditinggalkan. Bagaimana cara terbaik untuk saya lakukan qada’ terhadap kedua-dua perkara wajib ini?
Jawapan : Terdapat pelbagai pandangan ulama dalam hal ini, tetapi pandangan pilihan saya adalah. Ia adalah hutang kepada Allah yang mesti di bayar, maksud saya semua amalan solat dan puasa wajib yang ditinggalkan wajib juga diganti. Sabda Nabi menyebut tentang perlunya membayar hutang Allah ini: “ Hutang Allah lebih layak untuk dipenuhi (terlebih dahulu) “ (Riwayat ) .
Bagaimanapun, timbul persoalan akan beratnya tindakan untuk menggantikannya dan jumlahnya yang tidak terkira banyaknya. Jika demikian maka respond cadangan saya adalah anda boleh melakukan tindakan berikut:-
a) Tawbat kepada Allah atas kelalaian yang lalu, dengan tawbat dan penyesalan yang sungguh-sungguh.

b) Qadha’ solat dan puasa yang ditinggalkan menurut kemampuan yang ada, jangan terlalu dipaksa, sekadar yang mampu kerana Allah maha pemurah dan pengampun. Bersangka baiklah dengan Allah SWT agar Allah mengampunkan tetapi sangka baik mestilah disertakan dengan bukti kesungguhan kita untuk bertawbat, Sabda Nabi dalam hadith Qudsi “Berkatalah Allah: Aku berada di atas sangkaan hambaku terhadapKu..” ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Muntaqa Targhib wa Tarhib, no 821, 1/437 ). Pun begitu saya tetap sarankan agar ianya diganti sekadar yang mampu bagi membuktikan kesungguhan. Jika tidak saya bimbang, ramai meninggalkan solat dan puasa wajib dengan mudah, kemudian bertawbat, kemudian ponteng lagi, kemudian tawbat. Benar Allah maha pengampun tetapi buktikan keinsafan kita. Nabi bersabda : “ Sekiranya kamu melakukan dosa sehingga sebesar matahari sekalipun, kemudian kamu bertawbat , nescaya Allah akan menerimanya “ (Riwayat Ibn Majah no 4238 dengan sanad yang baik; disebut sebagai “Hasan” dalam majma az-Zawaid; rujuk Muntaqa 2/820)

c) Kemudian tebus kesalahan lalu itu dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh yang pelbagai seperti ajak orang lain agar jangan ponteng puasa (sebagai tebus kita ponteng dahulu), ajak orang keluarga, rakan-rakan yang melalaikan solat agar mementingkannya. Cadangan saya ini berasaskan sabda Nabi SAW : “ Bertaqwalah kamu kepada Allah dimana sahaja kamu berada, dan ikutilah perbuatan dosamu (buruk) dengan perbuatan baik (pahala) , kerana ia akan memadamnya dan menjadikan kamu sebagai seorang yang berakhlak mulia “ ( Riwayat Tirmidzi, kitab al-Birr, no 1987, 4/355 ; Hasan Shohih menurut Tirmidzi dan Hasan menurut Albani)


P/s: laksanakan dan niatkan yang wajib dahulu, sudah selesai, barulah laksanakan yang sunat, untuk berganda-ganda pahala lantas untuk mencapai redhanya, yg penting higlightkan QUALITY daripada QUANTITY..

Wallahu 'alam..