Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Wednesday, February 9, 2011

. . . Cermin lah diri ini. . . .

Hadapkanlah tubuh ini ke cermin seraya bertanya,
Apakah wajah ini akan bercahaya di akhirat nanti?
Atau justeru sebaliknya?
wajah ini akan hangus terbakar nyala api jahanam?

Tataplah hitamnya mata kita,
apakah mata ini,
mata yang layak menatap ALLAH,
menatap RASULULLAH,
menatap para kekasih Allah di syurga kelak?
Atau malah akan terburai
kerana maksiat yang pernah dilakukannya.

Bibir kita,
apakah ia akan mampu tersenyum gembira di syurga sana?
sehingga layak berdampingan dengan pemilik tubuh mulia,
Rasululllah?
Atau tubuh ini malah akan membara, menjadi bahan bakar
bersama hangusnya batu-batu dalam kerak jahanam?
Bersihnya kulit kita,
renungkalah!
Apakah kita akan menjadi indah bercahaya?
ataukah akan hitam legam kerana hangus dijilat lidah api jahanam.

Mudah-mudahan dengan cermin sambil mentafakkuri diri,
kita akan lebih mempunyai kekuatan untuk menjaga diri.
Jangan pula meremehkan makhluk ciptaan Allah,
sebab tidaklah Allah menciptakan makhluk-Nya dgn sia-sia
semua yang bergerak, yang terlihat, yang terdengar,
dan apa sahaja kurniaan Allah Azza Wa Jalla
adalah sarana kalau hati kita ini mampu merabanya
dengan penuh kasih sayang.