Dia mencintai kita sebelum wujudnya kita di muka bumi, adakah kita sudah membalasnya, jika sudah adakah kita mencintainya tanpa musim (setiap masa)?...Sungguh indah dan tinggi cintanya, mencintai dengan tidak melihat, mencintai dengan tidak mengenali, mencintai sehingga mati..ingatan yang tak pernah luntur~ salam Maulidur rasul~1432h
Dia Kekasih Allah
Dia Pesuruh Allah
Dia Pakai Serban dan Jubah
Dia Dilahirkan Di kota Mekah
Siapa Dia?
Mim... haaa... mim.... dal....
Muhammad SAW...
Jom kita nasyid lagi,
just being kanak-kanak sat,
anak-anak nabi ada 7 orang,
3 laki-laki, 4 perempuan,
pertama Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Rokayah, Fatimah, Umi Kalsom,
Ibunya bernama, Siti Aminah, bapanya pula, Abdullah..
bapa saudaranya Abu Thalib, datuknya bernama Abdul Mutalib~~~
jom, seterusnya..
kita berqasidah plk
in bm yeee..
lebih memahami makna dan maksudnya..
Wahai nabi! salam sejahtera ke atasmu wahai rasul! salam sejahtera ke atasmu,
wahai kekasih! salam sejahtera ke atasmu, salawat Allah ke atasmu..
terang-benderanglah alam semesta kerana gembira dengan kelahiran Nabi pilihan, Ahmad ( nabi Muhammad Saw)
penghuni alam berasa senang dan gembira yang baru menjelang..
bergembiralah wahai kaum muslimin! dan burung bertuah turut berkicau..
bersuluhlah kamu dengan cahaya kecantikan yang mengatasi segala kecantikan..
kita mendapat berita gembira dengan kebahagiaan yang berterusan tiada kesudahan..
kerana kita telah dianugerahkan dengan suatu anugerah, yang merangkumi semua kemuliaan yang berkekalan..
bagi tuhanku segala pujian..Yang agung tidak terkira banyaknya..
kerana Dia telah mengurniakan kepada kita dengan kelahiran nabi pilihan, pembawa petunjuk Muhammad saw..
Ya ALLAH, limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad SAW dan keluarganya....
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
