Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Saturday, October 1, 2011

Hari Haul yang ke-300

Bismillahirrahmannirrahim.


4 DzulQaedah 1432H


11.16 am

BCH, Rawang

Alhamdulillah wa syukrulillah. Assolatuwassolamu a'la Rasulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT. Mudah-mudahan dengan mengucap syukur ke hadrat Allah SWT, akan ditambah nikmat ke atas kita oleh Allah, dengan nikmat-nikmat yang lain. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, semoga dengan mengucapkan selawat dan salam ke atas RAsulullah SAW, akan bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Semoga dengan kecintaan itu, akan menjadi asbab buat kita untuk memperolehi syafaat Rasulullah SAW di akhirat nanti. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang kepadaku dengan menggunakan nikmat yang paling besar, iaitu nikmat iman dan islam, utk menghadiri majlis ilmu semalam di Masjid Al-Falah, USJ. Alhamdulillah. Allah mengizinkan ku berkesempatan untuk memperolehi ganjaran dan berkah berada di majlis yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Majlis yang meningkatkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW dan majlis yang melahirkan kecintaan kita kepada orang-orang soleh dan mengenangi kehebatan dan kemuliaan mereka di sisi Allah. Masya Allah. Subahanallah.


~Alhamdulillah, setinggi syukur dirafa'kan trhdp Ilahi yg mana kita dpt hidup di dunia yg fana' ini utk beriman kpd-Nya serta pyampai utusan-Nya Rasulullah SAW dlm suasana yg aman dan tenteram di ngr yg dirahmati Allah SWT dlm zaman yg khususnya kita berpeluang myirapi tahun wafatnya Mujaddid Islam abad ke-12 stlh genap 300 tahun; Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Semenjak tahun 2001, saban tahun dilangsungkan sambutan seperti ini dan saban tahun semakin meluas di pelusuk negeri pendekatan kpd hasrat beliau. Kesan usaha beliau merupakan ilmu, nasihat, barakah, do'a, kewibawaan dan maqam tokoh murabbi ini dikatakan ketara dan positif oleh penziarah dari luar negara yg berulang alik ke Malaysia selami ini,  yg mana ramai yg tidak mampu mengenal pasti perubahan  yg beliau bawakan. Wallahua'lam.~ Bingkisan dari Buku Haul Akbar Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad. yg dijual di Masjid semalam dgn harga RM5. grab it, byk manfaatnya. BACA!

Program Haul Di zon Sentral. Jom menikmati taman-taman syurga.


Klik sini Alhawi yg menganjurkan taqlim di Malaysia. Allahu Akhbar


sebelum tu, jom hayati bait-bait Qasidah ni, sgt bestttt


salaamun-salaamun kaamiskil khitam


.sebarkanlah salam.


*tp semalam punyer lg merdulaah. hik3

Antara point-point penting yg sempat ku coretkan; (utk aku sentiasa ingat dan beramal dgnnya) Bantu aku Ya ALLAH.

"Barangsiapa yg mengamalkan Ratib Al-haddad dengan beristiqomah di antara Maghrib dan Isya', Allah akan mengurniaakan syafaat meninggal dunia dalam keadaan HUSNUL KHOTIMAH"
yakni kedudukan yg tinggi di sisi Allah dan memperolehi syurgaa Allah yg abadi.

Makanya, kita sudah memperolehi ilmu, jadi beramallah dengan ilmu, semoga tidak tergolong dalam kalangan mereka yang CELAKA.

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah. 


"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

*ada masa terluang, hayatilah cerita ini. semoga amik iktibar dan pengajaran daripadanya.

2 sifat/ amalan/sikap/perangai yang wajib ada pada diri setiap insan yg beriman yakni;
1. HUSNUL ZHON terhadap Allah
2. HUSNUL ZHON terhadap hamba-hambanya.
Berbaik sangkalah, semoga kita tidak memiliki penyakit hati yg memeritkan dijiwa, yg menyebabkan byk kesan negatif pd kehidupan kita. Maka, BERBAIK SANGKALAH DENGAN SEMUA ORANG YG HAMPIR DENGANMU.

Membersihkan hati; bagaimana?
Ikutlah jejak Nabi, bagaimana?
~ sentiasa merasa diri hina
~sentiasa merasa diri terlampau byk dgn dosa
~ tidak meremehkan (mengata) terhadap muslim yg lain kerana terasa diri sgt hina berbanding org lain. Hebatnya mmpunyai sifat begini. Subhanallah.

Kisah Uwais al-Qarni sbagai pengajaran yg berguna buat diri ini; Ya Allah

Perbualan Uwais Al-Qarni bersama seekor anjing,
Uwais Al-Qarni: Wahai anjing, aku lebih mulia darimu sekiranya aku masuk syurga, ttp
                       engkau akan lebih mulia drpdku sekiranya aku msuk neraka.


Manusia pilihan Allah;
- hati mereka tidak ada cinta selain cinta kpd Allah
kerana cintanya hy kpd Allah, terikat dgn Allah dan tujuan mereka adalah Allah semata-mata.

Hadirnya keberkahan dalam sesebuah masjlis ilmu;
- berubah kepada kebaikan
tutup aurat dgn sempurna. syariat jaga (Allah, ssh nk jaga ini. Bantu Aku YA ALLAH)

1 majlis hadir = 1 kali maksiat kita tinggalkan
Meninggalkan 1 maksiat bersamaan 1000 kali menunaikan haji.

Niat menghadiri majlis ilmu; Kejujuran kpd Allah sangat penting.
Ikhlas kerana Allah. Niat nak berubah. Wajib tunaikan setelah hadir majlis Ilmu.

Kepentingan Niat;
Niat yg baik = Allah akan membuka 70 pintu kebaikan.
Jika niat yg TIDAK baik = Allah akan membuka 70 pintu kehinaan.

Niat utk memperbaiki diri, dah niat, kena tunaikan. kerana ia kembali kpd niat yg ikhlas.
Selepas menghadiri majlis ilmu, sifat merendah diri semakin menebal, sifat tawadhu', terasa diri terlampau byk dgn dosa, terasa diri amat hina. Mudah menerima nasihat dan teguran. TIDAK ada RASA EGO, ANGKUH, BONGKAK, UJUB dll yg seumpamanya.

""" orang yang berilmu akan celaka apabila ia tidak beramal, dan org yang beramal akan celaka apabila dia tidak melakukannya dengan ikhlas.. iman itu tidak akan bertahan lama apabila hati kita kotor, dipenuhi dengan sifat mazmumah, ego dan sebagainya..
setiap kata yang keluar dibibir mahupun diluahkan dengan bait2 kata di skrin facebook perlu dikota kerana kita kan dipertanggungjawabkan dengan apa yg kita katakan.. kita akan ditanya kelak.. segalanya berbalik kepada hati.. bersih atau kotor... perlu koreksi diri supaya tidak terus terleka dengan tipuan dunia yang mengasyikkan.."""""

berkenaan ayat di atas; syukran jazakillah, teguran yg berguna buat aku JIDDAN.

* semoga 8 oktober di Masjid kecintaanku SSAAS, dpt ku hadir. aade Seminar start 9am til 12, then ptg smpai malam. Semoga Allah permudahkan.


wallahua'lam. 
yg baik dtg dri Allah
yg hina dtg dri diriku ini.
jazakumullahu khairan kathira..



Rasulullah Saw bersabda, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.