Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Friday, November 25, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433



Bismillah
Assalamu'alaikum,

Hari ini kita sudah sampai ke penghujung tahun Hijrah. Maka kita digalakkan memulakan dan mengakhirkannya dengan Doa supaya keberkatan memenuhi hidupmu dan jua hidupku. In Syaa' Allah. Jom penuhi rumah2 Allah dan taman2 syurga. Salam Ma'al Hijrah.

1) Membaca doa akhir tahun hijrah 1432.

* Waktunya: Petang Sabtu (26/11/2011) selepas Asar. Sebanyak 3 Kali.




Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

2) Membaca doa awal tahun hijrah 1433.

* Waktunya: Sabtu malam Ahad (26/11/2011) selepas Maghrib. Sebanyak 3 kali.




Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka
* kalau kita tak ke masjid atau surau, kita kumpulkan keluarga kita doa bersama-sama…Inya Allah.
Amalan yang disyorkan pada bulan Muharram;


☑ 1hb - 9hb ---> sunat puasa.


☑ 10hb ---> sunat puasa A'syura'.

☑ Menyapu kepala anak yatim.

☑ Bercelak mata pada waktu malam.

☑ Menambah perbelanjaan keluarga.

☑ Memperbanyakkan zikir ini sekurang²nya 70 kali.




حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ الْنَّصِيْرُ



* Cukuplah Allah bagi kami. Dan DIA sebaik² tempat untuk kami berserah diri, DIA sebaik² Penjaga & sebaik² Penolong.


Sumber: Kitab Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.

Other Sources: Facebook Ustazah Fatimah dan http://www.anakulucheka.com/





insan yg hina
sakinahazizimperfection