Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabaraktuh..
19 Ramadhan 1432H
selamat beristiqamah beribadah kepada Tuhan sekalian Alam di bulan penuh dengan kenikmatan, keampunan, keberkatan dan rahmah yg mengunung buat diri kita semua.
pejam celik, pejam celik
10 malam yg terakhir akan menyingah kalbu dalam beberapa detik je lagi,
adakah Ramadhan ini adalah yg terbaik buat kita sebelum ini.
sama-samalah kita bermuhasabah dan renungi demi kebaikan buat diri sendiri.
Mari kita renung-renungkan;
1. Ramadhan sepatutnya disambut oleh umat Islam dgn perasaan gembira kerana ia membawa 1001 keberkatan dan fadhilat yg tidak trdpt pada bulan lain, tetapi kamu menerima kedatangannya seperti menerima kehadiran tamu yang tidak diundang kerana terbayang berbagai kesukaran yg bakal kamu tempuhi untuk memenuhi nafsu kamu.
2. Kamu menyambut Ramadhan kononnya, tapi focus utama kamu adalah hari raya.
3. Umat Islam tahu Ramadhan bulan penuh keberkatan, tapi jarang yg sudi merebutnya kerana tidak terasa terpanggil utk mdptkannya.
4. Ramadhan mendidik seseorang supaya bersimpati terhadap golongan miskin, tapi kamu langsung tidak mempedulikan kesusahan mereka. Malah kamu melihat mereka seperti SAMPAH di tepi jalan.
5. Kamu berpuasa sehari suntuk tanpa menyentuh makanan, tp semasa berbuka kamu menyendatkan perut kamu yg kosong itu dgn aneka jenis makanan dan minuman yg jarang kamu hidangkan pada bulan-bulan lain. Ibadat puasa bertukar mjadi pesta mengisi perut utk memenuhi nafsu makan kamu yg HALOBA.
6. Mengimarahkan masjid dgn pengisian solat terawih dan lain-lain ibadat sunat adalah besar fadhilatnya, tapi kamu menghabiskan waktu di Bazaar Ramadhan dan gedung membeli-belah sehingga larut malam.
7. Sejak awal pagi kamu sibuk dgn aktiviti perniagaan dan ianya berterusan hingga ke malam tanpa sempat mengisi dg aktiviti ibadat. Akhirnya tanpa disedari, Ramadhan sampai di penghujung sdgkan kamu masih tamak mengejar keuntunganperniagaan yg hy diraih dalam bulan Ramadhan sahaja.
8. Ramadhan mendidik jiwa supaya tidak boros dan membazir, ttp kamu berbelanja berlipat kali ganda berbanding dgn bulan-bulan lain, bermula dari perbelanjaan utk menyedia makanan yg lazat sewaktu berbuka dan bersahur hinggalah kpd persiapan utk myambut hari raya.
9. Kamu mengunjungi masjid utk menunaikan solat terawih berjemaah sbagai menunaikan kegiatan qiyamulail di bulan Ramadhan, namun dlm hati sering merungut bacaan imam y panjang kerana tdk mahu mghabiskan masa yg panjang di masjid rumah Allah.
10. Ramadhan melatih kamu sifat sabar, ttp semasa memandu, tindak tanduk kamu ternyata hilang sabar, Tgn kamu menekan hooooornnnnn memanjang tanda marah apabila kenderaan lain menganggu kelancaran kenderaan kamu sambil mulut menyumpah-nyumpah. Astaghfirullahalazzimmm.
- (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman)
salam bermujahadah dan beristiqomahhh...
grab offer yg ALLAH kurniaakan di bulan yg mulia ini.
mengharap utk bertemu -mu LAILATUL QADAR

