Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan 1432H

“Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. Para Mu’min Merindui Kedatanganmu”
Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramadhan dari kami pengajar dan pelajar2 (ptg) "Az-zahra'"



"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]


"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

Marhaban Ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwaraga kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. 


Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 


 Mungkin Allah nak hadiahkan kita ramadhan yg istimewa kali ini, yang mungkin ramadhan sebelum2 ini kita tak rasai. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua.


Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!





p/s:  dimana kemeriahan Ramadhan ? Di mana keindahannya ? Adakah ia terletak pada makanan. Atau ganjaran pahalanya? Ayuh kita fikirkan bersama.
dan
di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. 
Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. 

 Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah.
Jom:
bermujahadah
bermuhasabah
tingkatkan ketaqwaan kpd Allah Azzawajalla


apakah azam Ramadhan anda kali ini?
ku berharap dan berusaha utk tidak tglkan terawih, bertadarus. khatam AL-QURAN sambil hayati tafsirannya. join qiyam di masjid (pada 10 malam terakhir) kat masjid cahaya iman ada buat. InsyaAllah. JOM=jadi org mukmin yg bersyukur.
Ramadhan Kareem
Allahu Akram