Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Monday, July 25, 2011

Apa ertinya saya Menganut ISLAM?

Assalamu'alaikum


Subhanallah walhamdulillah walailahaillah waallahu akhbar.
Segala puji bagi Allah, Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda.

Kebanyakkan umat Islam hari ini menganut Islam kerana mereka dilahirkan oleh ibubapa yang muslim. Hanya pada nama sahaja muslim, tetapi tidak mengamalkan Islam dengan erti kata yang sebenarnya.

Mengikut kajian, Umat Islam di Malaysia hanya lah sebanyak 35% orang yang mengamalkan Islam manakala yang selebihnya hanya Islam di Mycard mereka sahaja. huhu Wallahua'lam. sedih bukan.

Inilah tajuk daripada Buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" oleh Fathi Yakan, Penerbit Pustaka Salam.

Alhamdulillah, buku inilah yang digunakan oleh Ustaz Zamri semasa kelas pengajiannya tempoh hari. Buku ini telah di sponsor. so ana free je dpt. join ceramah free, then dapat buku free. Alhamdulillah. 

Di dalam buku ini terdapat;

2 bahagian.. 
Part 1st menyentuh tentang Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah, Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah, Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq, Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya, Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri, Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam..

Part 2nd pula menyentuh tentang Saya Mesti Hidup Untuk Islam, Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib, Peranan, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah, Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Dalam Islam, Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah, Saya Mesti Memahami Tentang Pemusatan Amal Islami, Saya Mesti Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaan..




Dan minggu lepas Ustaz Zamri menyentuh bab "Saya mestilah Muslim di Sudut Ibadah"

Mnurut Mantop Training, Ustaz telah menggunakan 3 benda ni (taktahu nak kategorikan cm ne, layan je) iaitu;

Mind set
Skill set
Tools set

~
~
~
~

Mind set is aqidah
skill set is ibadah
tools set is akhlak

3 things ni memang penting dalam setiap tindakan kita. utk menjadi hamba abdi-Nya yg beriman dan taat.

kita pergi kepada skill set iaitu; solat

solat sangat penting, solat adalah tiang agama, tidak sempurna solat seseorang, maka tidak sempurnalah agamanya.

ayat ini begitu menerangkan KEWAJIPAN solat ke atas muslim. 
Bila tinggalkan solat secara sengaja. ha inilah balasannya di akhirat kelak. Baca SINI

Solat banyak kelebihan dan rahsianya y tersembunyi. Dengan solat banyak sangat benda yg berkesangkutan dengan cara life kita hari-hari. seperti; mengajar kita tentang;

sabar.
Dengan solat, mengajar kita sifat sabar. fahamkan yg bagaimana. sabar kita sujud, sabar kita rukuk dan sebagainya. solat berlatih kita menjadi "SABAR".

politk.
dan dengan solat, menurut Ustaz, solat turut mengajar kita akan politik Islam. contohnya bagaimana? seperti yang ustaz jelaskan. 

imam dan ma'mum, 
bila imam buat salah dalam solat, ma'mum boleh tegur dengan mengucapkan Subhanallah, bagi ma'mum lelaki. bagi muslimah, menepuk tangan, means bukan clap your hand. but just tepuk lengan. first tak kuat, do again. yg penting bukan 3 kali berturut2 bergerak. klo tak batalkan. semua tahukan. bagaimana. see. from solat. Allah already teach kita. then, bila dalam sesuatu pemerintahan, seorang pemimpin buat salah. tegur dengan baik pemimpin tersebut. bila tak mahu dengar. buat lagi sekali. demokrasi aman ke. tak salah kan.. ? Allah dah ajar semuanya dalam solat. cuma kita sedar atau tidak?

ekonomi.
Dengan solat. economy orang Islam semakin maju, from where?
jual kopiah, serban, jubah, telekung, sejadah dan macam2 lagi. Allah ajar ekonomi melalui solat.

bukankah semua itu ada dalam solat? solat terlampau banyak keistimewaannya y tersembunyi. okeh. cuba cari lagi. ape lagi? meh renung2 sat na.

jauhi kemungkaran.
Dengan solat, boleh mencegah diri daripada kemungkaran. jika solat kita betul2 khusyuk;
kalau solat, tapi tidak menutup aurat dengan sempurna. (free hair, tak pakai stokin, tudung pendek dan jarang) wanita punyer aurat seperti di dalam solat. ketika nak solat boleh kita tutup, tetapi luar solat. Ya Allah susahnya.. mnunjukkn bahawasanya. solat kita Allah terima tak? dengan solat kita, mencegah tak semua itu?
Hanya Allah y maha mengetahui.

simple je Allah ajar.. utk kita renung. 
dan banyak lagikan. jom cari lagi. ape lagi. think wisely.

checklist;
adakah kita solat seperti ini;
"saya adalah muslim di sudut Ibadah"
benar jika saya lakukan sperti ini:

1) Menjadikan seluruh ibadah saya hidup dan berhubung terus dengan Allah sebagai tempat saya mengabdikan diri.

"kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, Jika kamu tidak melihat-nya sesungguhnya Dia melihatmu" Riwayat Bukhari dan Muslim

2) Ibadat yg saya lakukan haruslah merupakan ibadat yg khusyuk. Dalam ibadat saya itu, saya haruslah merasakan kepanasan perhubungan saya dengan Allah dan merasakan kelazatan dari ibadat yg khusyuk.

Aisyah RA mengatakan: Selalunya Rasulullah SAW bercakap dgn kami dan kami brckp dengannya. Apbila sampai waktu solat beliau seolah-olah tidak mengenali kami dan kami tidk mengenalinya.

Sabda Rasulullah saw: Berapa byk org y berdiri melakukan solat sdg sebahagiannya dri solat itu hylah penat dan lelah.

3) Sewaktu melakukan ibadah saya haruslah menghadirkan diri dan hati (di hdpn Allah), mbebaskan diri dri urusan dan kepentingan dunia.

Rasulullah menegaskan: Allah tidak melihat solat lelaki y tidak mghadirkan hatinya bersama badannya.
maksudnya, Allah tidak menerima amalan hamba-nya shingga ia mghadirkan hatinya brsama badanya.

solat itu urusan akhirat, apabila kamu masuk ke dlmnya bererti kamu tlh keluar dri urusan dunia.

ustaz terangkan bukan bermakna, kamu solat sehingga tidak mendengar apa-apa, nmpk sgt nawokk bebenor. sdgkan Nabi penah solat sambil mendukung cucunya, kerana menangis dan risau kemudharatannya.

4) Dalam melakukan ibadah saya mestilah merasa TAMAK yg tdk berkucupan dan RAKUS yg tdk merasa kenyang. Saya menghampirkan diri kpd Allah dgn melakukan ibdat semata-mata myahut seruan Allah.

5) Saya mestilah mgambil berat mlakukan qiyamul-lail dan mengasuh diri melakukan qiyamul-lail shingga ia mjadi kebiasaan saya, kerana qiyamul-lail mrupakan perkara yg paling kuat dpt memelihara iman.

tapi, jika setiap malam kita tak tinggal qiyamul-lail, tetapi solat fadhu kita di akhir waktu, bagaimana?

6) Saya haruslah mnentukn masa2 trtentu utk mbaca dan mengamati al-Quran.terutama di waktu fajar;

" sesungguhnya bacaan di waktu fajar itu disaksikan oleh para malaikat. al-isra;78.

7) Saya mestilah menjadikan doa sbagai mi'raj kpd Allah dlm semua urusan, krn doa adalah otak bagi segala ibadat. dlm mlakukan doa, saya mstilah memilih doa2 y ma'thur -yg diterima oleh Rasulullah.

"mintalah kpd-ku, nescaya akan ku perkenankan prmintaanmu". al-mukmin:60.


tambahan lain, dari kelas kitab bidayatul hidayah (ringkasan kitab ihya' ulumuddin, imam ghazali) oleh ustaz Huzaifah bin omar. 

nak khusyuk dalam solat kena ada roh solat, bagaimana nak dapatkan roh tersebut?
ia ada 6 perkara;
  1. kehadiran hati
  2. kefahaman=pemahaman
  3. penghormatan
  4. rasa takut
  5. harapan
  6. rasa malu
             solat tak ada roh umpama mati solat seseorang itu, seperti badan tiada kepala.

so for d conclusion, jgn ambil mudah or terlepas pandang benda y basic dlm beribadah kpd Allah. cuba clearkan perkara2 y wajib, perbaiki semua yg fardhu, memperbanyakkan yg sunat dan mberikan tumpuan di situ. 

Mahu jadi hamba abdi yg taat dan beriman, tak perlu nak bersuluk dalam gua atau sebagaimana, ikut seperti apa yg Rasulullah pesan. baiki y wajib, tekankan  y sunat. Ramadhan bakal tiba, kurangkan segala dakyah-dakyah yahudi- fb, tv, hiburan. segalanya kurangkan. didik dan latih diri dari sekarang seblum ramadhan membuka tirainya, syaitan di belenggu.


Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin (memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T) dan  semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu keinsafan, keberkatan dan kenikmatan dalam beribadah kerana Allah s.w.t. insyaAllah. dan semoga Ramadhan kali ini yg lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita berkesempatan menikmatinya. Ameeen.

pesan pada diri ini, nasihat pada diri ini, tegur diri ini.
dan sampaikan kepada kalian.

Rasulullah Saw bersabda, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.

wallahua'lam.

solatlah kamu, sebelum kamu disolatkan.