Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Friday, September 30, 2011

Harga sebuah tangisan




Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?
Jwbnya: Kerana wanita itu unik.

Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,

KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,

KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh “orang” yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
“WANITA itu ISTIMEWA”





Ya Allah murahnya tangisan ku ya Allah..

Aku sering menangis, menangis dan terus menangis kerana hal dunia yang
 hanya sementara.
  
Aku sering menangis tatkala berdepan dengan masalah remeh bahkan aku lupa
 yang kau sentiasa bersamaku...
  
Ya Allah betapa hinanya diri ini ya Allah.
  
Aku sering mendambarkan syurgamu namun terlalu sedikit usahaku kearah itu.
  
Aku sering mendambakan kasih sayangmu tetapi terlalu tipis kekuatan iman ku 
untuk menyedarinya...
  
Ya Allah andai aku boleh menangis kerana mu.
andai air mata ini mengalir hanya untukmu YA Allah
  
Aku malu dengan para sahabat yang mulia yang selalu menangis kerana takutkan neraka
 mu Ya Allah
  
aku pula masih sibuk menangis kerana hal dunia semata...
  
Ya Allah hadirkan dalam hatiku ketenangan dalam beribadah
  
hadirkan dalam diriku kegerunan untuk melakukan maksiat dan dosa
  
hadirkan dalam diriku kasih sayang bagi mereka yang haq
  
hadirkan diriku ketakutan pada setiap ancaman kalam Mu ya Allah
  
berilah peringatan ini sentiasa agar aku sentiasa berjaga-jaga
  
ya Allah aku selalu memohon untuk kebaikan diriku tetapi terlalu sedikit 
untuk aku bersyukur
  
Ya Allah hinanya aku di sisiMU...
  
Ya Allah berilah kekuatan kepadaku untuk terus berada di Jalan Mu
  
Hindarilah aku dari nafsu yang mengajak kearah keburukan.
  
Ya Allah ampunilah segala dosaku ya Allah...

Ya Allah ampunilah segala dosaku ya Allah..

Ya Allah ampunilah segala dosaku ya Allah..
  
Aku memohon keberkatan dalam kehidupanku dan keluargaku
aku mohon Keampunan dalam setiap tingkah laku ku yang menjelikkan...
Aku mohon supaya di kuatkan iman agar tidak kembali pada diriku yang sebelum ini ya Allah...
  
ya Allah andai kematian datang menjemputku...
matikanlah aku dalam keadaan iman yang teguh dalam agamamu..
Matikanlah aku sebagai hamba yang solehah...
Matikanlah aku dalam keadaan taubatku diterimamu  yaAllah.
  
Ameeennn YA RAbbal Alaminn.