Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

‎

Friday, October 22, 2010

Rindu Majlis Ilmu ALLAH

itu yang dapat ku luahkan sekarang,
duduk dalam bilik senyap2, study.
tapi lebih banyak tido dari study.
sekiranya aku diberi kesempatan lagi untuk menghadiri MAjlis Ilmu,
aku tidak akan persiakan.
Last week;
MAsjid SAAs dan Masjid Al-Falah menjadi destinasi pilihanku.
dan itu sahaja kesempatan yang diberikan olehNYA,
Habib-Habib yang penuh ilmunya didada dan disampaikan ajarannya yg penuh berhikmah,
pewaris Rasulullah. Idola dan pencinta Umat2nya.
Doa-doa dari mereka yang penuh kesyahduan, Membuat semua ahli jemaah mengalirkan air mata keinsafan dengan mudahnya, menginsafan atas setiap perbuatan dosa dan maksiat, atas segala kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dengan penuh alpa dan cuai.
Tetapi adakah mereka betul-betul menginsafinya. dimana, oh dimana, umat Islam. yang hadir pd Majlisnya hanya mereka2 yang diberi petunjuk hidayah dan kasih sayang ALLah, dan pada mereka yang tidak diberikan oleh ALLAh, kemanisan dan nikmat itu. dimana mereka? dimana? masihkan mereka berpeluang. itu semua hak ALLAH, Dia yang berkuasa atas segala2nya. mohonlah dan mengharaplah hanya pada kekuasaan ALLAH SWT. InsyaALLAH. kita hambanya bisa merasai ketenangan hidup yang abadi. 


Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur