post ini telah di sampaikan oleh ummiku di inbox fb ku.
ade yang menghantar kepada ummi dan di forward kan kepada ku.
dan ini memberi 1001 kesedaran buatku dalam usaha untuk menjadi wanita yang sebenar2nya solehah dan walaupun aku memang bukan solehah. dan yang pasti ku salah seorang dari wanita yang mudah untuk direject oleh lelaki beriman seperti kisah ini. kerana lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. dan bisakah aku memperolehinya sedang diri penuh dengan dosa maksiat dan segala macam kelemahan.
hayatilah
Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!
Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur
Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si Pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan
Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh
*kadang2 situasi ini tidak dapat dielakkan, kerana wanita yang menutup aurat dgn sempurna dan dipaparkan di ruang2 fb hanya kerana ingin kepuasan. itu berlaku padaku. dan ia tidak dapat dielakkan dan cuba untuk mengelakkannya* wallahu a'lam.
yang hina lagi dina.
*kadang2 situasi ini tidak dapat dielakkan, kerana wanita yang menutup aurat dgn sempurna dan dipaparkan di ruang2 fb hanya kerana ingin kepuasan. itu berlaku padaku. dan ia tidak dapat dielakkan dan cuba untuk mengelakkannya* wallahu a'lam.
yang hina lagi dina.
