buat semua yang sudi membaca blog ini
* di fikiran ku [ ada ke yg baca blog ku ini ], bertanya pada diri sendiri, follower pon mcm xde. erm xkesa la.*
sebenarnya 1 al-kisah yang ku sampaikan di sini. Kisah ini harap dapat memberi pengajaran malah dapat renungan bersama.
Hari ini, hari isnin, Tanggal 18 Oktober 2010.
perbualan ku bersama abangku,
semasa menghantar pemergianku ke bumi UiTM.
mcm la jauh sangat kan, 45 minutes sahaja.
tetapi pengisian perbualan kami,
bagiku ia berguna malah boleh amik iktibar bersama.
abangku baru sahaja selesai menghadiri Kursus Kawin di Damansara semalam. almaklumlah, last minute pergi kursus ni, patutnya awal2 lagi kan, pasangannya da lama amik, bagi dia da mudah da.
yang tang abangku ini, tu yang macam rumit je, aku lihat, sampai2 surat permohonan nak kawin pon aku tolong isikan, macam aku je yang nak kawin, hoho. bila da isi, ade je yang silap, banyak pulak tu kena double print, adeh, payahnya, nak kawin ni, leceh jugak dan sangat complicated, yelah bagi mereka yang belum bersedia. so pada mereka yang rasa- rasa nak kawin tu, pergila awal-awal kursus kawin tu, supaya xde la berlaku sebarang masalah. harap smooth je way dia. siap kena check whether positive or negative HIV and Aids. huh. dengar cerita dari abangku. ade jugak masalahnya, pergi patah balik Rawang, Kuang, KL. last2 buat kat KL je. Itu pun alhamdulillah, dapat buat, kalau x kena wat appointment dululah and bla-bla. hehe. inilah alkisah sebelum bertolak pergi.
On the way ke sekolah Al-Amin Gombak, Kak Zah aka bakal kakak iparku. sebab nak hantar baju contoh untuk buat baju pengantin.
antara perbualan kami:
Setiap kali kata-katanya, pasti di selitkan bersama-sama dengan kata-kata dari Ustaz wa Ustazah yang menyampaikan ceramah semasa di kursus itu.
Abangku bertanya padaku:
apakah sebenarnya tujuan kawin itu?
dan kebanyakkan mereka menjawab " ikut sunnah nabi"
dan jawapan aku: nak merasai nikmat kebahagiaan itu.
abangku kata: " benar!, tetapi ustaz katakan, jawapan darinya, tujuan utama berkawin itu adalah untuk mendapatkan kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan dalam kehidupan berpasangan, sebagai panduan kepada kebaikan dan penasihat kepada penyelesaian masalah antara kedua-dua pasangan itu lantas untuk melahirkan zuriat yang soleh wa solehah"
sekiranya belum bersedia tetapi jodoh itu da sampai, xakan pulak kita nak tolak takdir Allah.
ini kisah lain pulak:
kisah percintaan abangku dan si dia, bakal kakak iparku.
kisah percintaan aku??? itu x bisa wujud lagi dan mungkin x akan wujud. sebab cinta itu aku tidak harapkan selagi cinta ALLAh, aku tidak rasainya dan gapainya.
mungkin dan mungkin tidak ada. stop di sini sahaja. dan tidak akan ada kisahnya.
dari cerita abangku:
aku mendengar sahaja malah menyampuk skit2 je dan selebihnya hanya mendengar dengan penuh perhatian.
angah: sebenarnya semua ini berlaku hanyalah salah faham dan juga salah sangka. [ salah faham itu hanya menjadi rahsiaku dan dia kerna janjiku padanya] dan dimana ia membawa kepada jinjang pernikahan yang x lama lagi bakal berlangsung. Alhamdulillah. ALLah limpahi rezeki yang tidak terhingga buat diri ini.
seorang isterikan rezeki buat sang suami dan vice versa.
ini yang dinamakan jodoh.
dan ini opinion ku:
yelah semuanya mudah je dan molek je, tanpa sebarang halangan. nak patah balik. itu tidak mungkin berlaku kerana sidia sudah bertaut kasih dan sayangnya padamu ya akhi. mana bisa, even berlaku tidak sampai setahun kan, dan kamu tidak lah muda sangat. da nak masuk 23 tahun. sambut jela seruan ini. jangan pandang belakang. focus pada future planning. ubah diri menjadi terbaik. even sume kata, angah ni suka buat loyer buruk ke? x matured ke, xkesalah. mybe dgn kawin ini boleh mematangkan dirimu dan mengubah dirimu untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan amanah pada amanah Allah yang di pegang. dan jangan contohi ayah kita. jadilah terbaik darinya. SETIA, adalah yang utama. dan jangan sekali mengungkit. itu adalah punca hati menjadi sakit dan menyebabkan susah untuk pulih.
jangan membuktikan bahawa word ini wujud dalam kalangan lelaki:
"lelaki memang x guna!!!"
bukan aku yang perkatakan, cuma ini daripada pengalaman sang isteri yang sedih. yang sedih akan dirinya, atas dugaan yang menimpa buat dirinya kerna sang suami sampai sanggup membiarkan sang isteri bermandi darahkan atau sebaliknya.
jadi wahai lelaki-lelaki:
buktikanlah dirimu bukan begitu, bukan mudah untuk menyakiti, bukan mudah untuk mendustai janji, bukan mudah untuk mengabai tanggungjwab, bukan mudah untuk di katakan sedemikian. bukalah mindamu dan fahamilah isi hati bakal isterimu, ibumu dan adik2 perempuanmu.
itulah tanggungjawabmu, bangkitlah wahai shabab!!!
dan amiklah pengajaran dan rujukan ini sebagai panduan kepada ari mendatang jika engkau menjadi sang suami:
tanggungjawab seorang suami:
1. ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.
2. PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)
3. NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.
4. PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
5. PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
6. MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
wallahu a'lam. semoga pendapat iktibar dan renungan bersama. dan bukan lah saya untuk menyalahkan lelaki 100% tetapi lelaki perlu sedar akan peranan dan tanggungjawabnya.
dan 1 tips yang saya dapat dari lecturer saya iaitu, untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkhahwinan sehingga akhira hayat even da tua bagaimanapun adalah senyum dulu, :)
jangan sesekali lupa untuk memimpin tangan sang isteri pabila berjalan bersamanya. dan dengan cara ini InsyaALLAh, kebahagiaan itu milikmu.
dan saya tidak pernah lihat ibuku dan ayahku sebegitu. huhu.
tidak jangan sekali untuk melakukannya. amiklah iktibar dari kisah ini buat diriku.
dan begitulah al-kisahnya.
huhu
waalaikumussalam.
